Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kempen recall terbaharu ini melibatkan 49 unit (35 buah Supra, 14 buah BMW Z4) atas risiko kebakaran yang disebabkan kimpalan yang tidak sempurna pada tangki bahan api.
Kesemua unit yang dipanggil semula itu dibina bermula dari 26 Jun 2019 hingga 9 Julai 2020, manakala unit Toyota Supra pula dibina dari 19 April 2019 hingga 16 Julai 2020.
Data daripada NHTSA menunjukkan kualiti kimpalan antara tangki bahan api tidak dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, dan disebabkan kadar integriti kimpalan yang tidak sempurna, ia mampu mencetuskan kebocoran bahan api sekaligus menyebabkan kebakaran.
Solusinya cukup mudah, pihak pengeluar akan menggantikan tangki bahan api yang terlibat secara percuma tanpa sebarang bayaran.
Setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan berhubung kes ini.