Dan jika dilihat kepada senarai pilihan yang dipaparkan dalam laman web HKS, banyak juga model yang ditawarkan daripada semurah-murah Honda Civic sehinggalah kepada model-model kereta sports seperti Nissan GT-R dan juga Honda Civic Type R.
Model badan lebar Toyota GR Supra merupakan salah satu penawaran terbaharu yang dibawakan oleh HKS USA dan ia ternyata berjaya menaikkan lagi seri imej luaran jika dibandingkan dengan Toyota GR Supra standard kilang.
Di bahagian luaran, pihak HKS telah memasang kit badan yang menambah dimensi lebar sebanyak lapan inci serta penampakan stance yang sedikit berbeza berbanding model standard.
Tambahan kepada spoiler ekor itik sedia ada, HKS tidak mahu kalah dari segi imej dengan memasang sayap belakang besar yang menyamai lebar kenderaan, dan kehadiran spoiler di bahagian fender belakang.
Disebalik modifikasi yang agak berat ini, pihak HKS memberikan jaminan GR Supra ini masih halal untuk digunakan di atas jalan raya.
HKS USA turut menyediakan harga jualan untuk kesemua opsyen yang ditawarkan bermula dari harga $55.00 (RM237.35) untuk penapis udara sehinggalah $10,000 (RM43,155) untuk pembelian kit badan Supra itu tadi.
Senarai penuh harga boleh dirujuk pada pautan di bawah: