Toyota Gazoo Racing - sambutan hebat hari pertama

oleh HEZERI SAMSURI|

Pusingan pertama siri perlumbaan jelajah Toyota Gazoo Racing (TGR) anjuran UMW Toyota memang nyata diluar jangkaan.

Seramai 11,000 pengunjung menghadiri acara pertama di Stadium Batu Kawan untuk menyaksikan perlumbaan Vios Challenge, disamping melihat sendiri pameran dan acara-acara yang jarang dapat dilihat oleh rakyat Malaysia.

Seringkali acara automotif yang diadakan ialah pameran automotif yang penuh dengan kenderaan yang dibawa dari dewan pameran masing-masing, ataupun adcara roadshow dengan gadis-gadis mengelilingi kereta-kereta di pasaraya terdekat.

 

vios 4

 

Nyata UMW Toyota telah membawa masuk satu fenomena untuk kita yang sentiasa dahagakan aktiviti sebaik ini dan terus-terang dikatakan, ia menghampiri keseronokan acara kaprix kerana Vios-Vios itu berlumba di hadapan mata kita di litar jalan biasa.

Menurut Tengku Djan Ley yang memandu untuk pasukan Maxx N Go, perlumbaan kali ini bukan menhgenai kelajuan, tetapi lebih kepada disiplin dan mencari ritma agar dapat menghayati setiap inci litar agar tidak ada kesilapan berlaku.

"Litar ini sangat sempit dan ia bukan mudah untuk melakukan adegan memotong. Pelbagai undang-undang juga dikeluarkan oleh penganjur perlumbaan agar perlumbaan menjadi lebih selamat," ujar Djan yang mencatatkan antara masa terpantas semalam.

 

Djan

Akina Teo, seorang lagi pelumba profesional yang memandu untuk pasukan Mudah Racing, sebarang kesilapan akan menghukum pemandu sehingga ke akhir perlumbaan.

Beliau bersetuju bahawa "clipping point" atau apeks selekoh penting, di mana cara masuk dan keluar selekoh perlu betul untuk memastikan kelancaran di selekoh seterusnya.

"Silap sudut kemasukan dan pemandu akan terus melakukan kesilapan di selekoh-selekoh seterusnya," terang Akina yang diuruskan oleh Leona Chin, drifter dan pelumba profesional terkenal.

Selain dari perlumbaan profesional, Vios Challenge menjadi lebih menarik apabila para selebriti yang telah berlatih selama beberapa bulan masuk untuk berlumba bagi pusingan pertama.

 

Vios

 

Diana Danielle menunjukan prestasi yang mengejutkan kerana pemanduan yang sangt lancar dan berdisiplin.

Paling mengejutkan ialah prestasi Shukri Yahaya yang terus agresif dengan memotong pelakon drama Fattah Amin di selekoh pertama. Nyata Fattah alpa dan tidak menyangka Shukri begitu berani.

Pusingan-pusingan seterusnya menyaksikan bagaimana Fattah Amin mengekori rapat punggung Shukri Yahaya sehinggakan mereka bergesel di selekoh terakhir dan akibat itu Fattah terpaksa keluar atas faktor kerosakan kenderaan.

Janna Nick pula membuktikan kesungguhan perlumbaan secara berani-mati kerana cubaan memotong di selekoh-selekoh kritikal.

Janna akhirnya bergesel kenderaan dengan Venice Min kerana kesilapan beliau. Sayang sekali kerana Venice menjadi mangsa kerana kereta beliau terus tidak boleh menyambungkan perlumbaan.

 

toyo 1

 

Acara demonstrasi aksi drift hebat dari drifter-drifter Toyo Tyres dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino juga diadakan semalam  dengan dua buah Toyota GT 86. Sememangnya aksi drift mereka sangat menghiburkan kerana kepakaran mereka mengawal kenderaan di antara halangan-halangan semasa permukaan licin akibat hujan semalam.

Untuk yang tidak tahu, Kawabata ialah pemegang rekod dunia aksi drfit terlaju apabila ia melakukan drift pada kelajuan 304.96 kmsj di lapangan terbang antarabangsa Fujairah.

Saksikan beliau nanti dan pastinya, jangan lupa beratur untuk emngambil autograf beliau.

Acara Toyota Gazoo Racing hari ini disambung dan ia bermula seawal 11.00 pagi sehingga 8.00 pm, di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Perasan tidak kebelakangan ini Toyota mula tampil dengan kempen dan penjenamaan menyeronokkan?…
Berita Domestik
Toyota hari ini telahpun membuka tempahan untuk varian-varian baharu Toyota iaitu Innova 2.0X,…
Berita Domestik
Peluang untuk anda menyaksikan sendiri Toyota CH-R. Buat anda yang tak sempat atau tak puas untuk…