Toyota Gazoo Racing hasilkan kit badan khas untuk Hilux!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Gazoo Racing telah melancarkan penawaran kit badan GR Parts untuk trak pikap Toyota Hilux baharu, di mana penjualannya bermula pada 19 Ogos yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan penawaran yang disenaraikan di laman web rasmi Gazoo Racing:

  • Pelindung bampar hadapan - 41,800 yen (RM1,652.39)
  • Front Undercover - 44,000 yen (RM1,739.36)
  • Tempat pemijak sisi - 110,000 yen (RM4,348.40)
  • Sports bar - 110,000 yen (RM4,348.40)
  • Peredam ekzos sports - 104,500 yen (RM4,130.98)
  • Mud flap - 40,700 yen (RM1,608.91)
  • Hard tonneau cover - 176,000 yen (RM6,957.44)
  • Tempat pemijak sisi elektrik - 231,000 yen (RM9,131.64)
  • Pelindung pemegang pintu - 6,600 yen (RM260.90)
  • Tinta filem infrared - bermula dari 17,600 yen (RM695.74)
  • Sunshade - 13,200 yen (RM521.81)

 


Selain daripada itu, bagi mereka yang mahu menaiktaraf sistem audio, pihak Gazoo Racing turut menawarkan set pembesar suara JBL oleh Harman 55W bersaiz 16 cm dengan harga bermula dari 46,200 yen (RM1,826.33).

 


Lebih menarik, terdapat penawaran set Performance Damper yang dihasilkan oleh Yamaha bertujuan untuk mengurangkan kadar gegaran dan bunyi bising serta meningkatkan kadar keselesaan ketika pemanduan.

Set peredam Yamaha ini boleh didapati pada harga bermula dari 110,000 yen (RM4,348.40).

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…