Toyota Gazoo Racing Europe buat peralatan sukan untuk atlet OKU

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kerusi roda lumba TGR-E
Kerusi roda lumba TGR-E
Lotus dan Hope Technology berperanan dalam membangunkan dan mengeluarkan basikal trek Pasukan Great Britain. 

Basikal itu telah pun memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo 2020 dan versi terbaru bakal digunakan pada Olimpik Paris 2024.

Ini pula projek Toyota Gazoo Racing Europe (TGR-E) yang mengeluarkan peralatan sukan untuk atlet orang kelainan upaya (OKU).

Peralatan itu terdiri daripada basikal kayuhan tangan, kereta luncur salji, sistem peredam papan peluncur mono dan rekaan baharu kerusi roda lumba.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
TGR-E parasports

 

TGR-E menggunakan teknik, bahan dan pengetahuan kejuruteraan yang diperolehi di dalam perlumbaan dan rali.

Penglibatan tersebut bermula apabila juara dunia paralimpik Andrea Eskau menghubungi TGR-E.

Beliau sedang mencari perkakasan kerusi yang ergonomik untuk basikal tangan dan tertarik pada kerusi yang digunakan di dalam kereta lumba.

Projek kerjasama skala penuh pula melibatkan kereta luncur untuk Sukan Paralimpik PyeongChang 2018.

Kereta luncur itu dibuat daripada gentian karbon dan konsep komponen yang diambil dari kereta lumba TGR-E.

 

TGR-E racing wheelchair

 

Kereta luncur tersebut memberi sokongan badan yang cemerlang dan membolehkan Andrea mengemudinya dengan tepat.

Tenaga beliau juga dapat dipindahkan dengan lebih banyak dalam gerakan ke depan.

Apabila Andrea memfokuskan pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2022, TGR-E sekali lagi terlibat dan membangunkan basikal kayuhan tangan baharu.

Basikal itu dibuat daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) dan khusus mengikut keperluan Andrea.

Apa yang menarik ialah Andrea terlibat dengan mendalam dan bukan sahaja memberi maklum balas terperinci tetapi juga mencadangkan konsep dan penyelesaian.

 

TGR-E racing wheelchair

 

Untuk TGR-E, kejayaan dalam sukan OKU diukur dari segi pengetahuan yang diperolehi dan kepuasan atlet.

Sebagai rujukan, Andrea telah memenangi tiga pingat emas paralimpik, empat perak dan dua gangsa.

Pada awal Ogos, Andrea menang pingat perak dan gangsa di Kejohanan Dunia Jalan Raya yang berlangsung di Glasgow.

Beberapa hari sebelum itu beliau menjulang pingat emas di dalam Kejuaraan Para Eropah di Rotterdam.

Bagi meluaskan pengetahuan di dalam kejuruteraan sukan OKU dan keperluan khusus atlet, TGR-E menyahut cabaran baharu pada 2019.

 

TGR-E handbike

 

TGR-E membangunkan kerusi roda lumba untuk atlet baharu, Alhassane Baldé.

Bersama Alhassane dan Jawatankuasa Paralimpik Jerman, TGR-E menghasilkan prototaip ringan menggunakan teknik canggih.

Di antara teknik yang digunakan ialah Optimasi Topologi (TO) dan Pembuatan Bahan Tambahan (AM).

Reka bentuk yang ergonomik meminimumkan tenaga terbazir dan menunjukkan potensi namun terbantut akibat pandemik Covid dan tidak dapat digunakan di Olimpik Tokyo.

Prototaip tersebut meletakkan asas kepada pembangunan kerusi roda lumba masa depan.

 

TGR-E racing wheelchair

 

TGR-E sekarang ini mencari penguji yang dapat menyumbang kepada pembangunan prototaip kerusi roda lumba.

Selain itu, TGR-E juga sudah memulakan langkah dalam perlumbaan papan peluncur mono dengan kerjasama juara dunia Anna-Lena Forster.

Projek sukan atlet OKU ini turut mempamerkan khidmat yang ditawarkan TGR-E kepada pelanggan industri automotif dan luar.

TGR-E juga mempunyai projek baharu dan akan didedahkan kemudian.

Penulis: Muhammad Md Tajudin