Toyota daftar paten sistem penilaian kebersihan untuk kereta swapandu - kereta bergerak sendiri ke car wash!

oleh Mohamad Hanif|
Bayangkan suatu hari nanti, semua kereta di atas jalan raya memiliki keupayaan swapandu, dan manusia pula semakin malas, bagaimana kereta-kereta ini dicuci?
AION MREC Banner Campaign May 2024


Solusinya timbul ketika sambutan hari Krismas baru-baru ini apabila Pejabat Pendaftaran Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat menerbitkan sebuah pendaftaran paten yang digelar sebagai sistem penilaian cuci kereta.

 


Sistem ini dikatakan membenarkan kereta-kereta swapandu pada masa akan datang bergerak sendiri ke pusat cuci kenderaan bila mana sistem mengesan kereta tersebut sudah tidak lagi bersih akibat perubahan cuaca dan sebagainya.

Menurut abstrak yang didapati daripada dokumen tersebut, Toyota menjelaskan bahawa sekiranya sistem komputer mengesan terdapat kekotoran pada kereta ketika sedang bergerak, ia akan menghantar isyarat kepada pusat cuci kenderaan yang berhampiran.

 


Daripada situ, pusat cuci kenderaan akan menghantar kembali isyarat arahan supaya kereta swapandu itu bergerak sendiri ke lokasi yang dimaksudkan untuk dicuci.

Sistem ini menggunakan satu set parameter untuk menentukan kereta tersebut perlu dibasuh ataupun tidak, serta mengambil kira beberapa faktor seperti posisi semasa, kondisi jalan, cuaca dan masa yang tersedia untuk keseluruhan operasi basuhan.

Sumber: United States Patent and Trademark Office

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bagaimana dengan mata pencarian pekerja? Di dalam peralihan ini, semua pihak perlu berpijak di…
Berita Domestik
Menurutnya, bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan, kesemua laporan pengujian semula tersebut…
Berita Global
  Sejak diperkenal di Australia pada 2020, sebanyak 2,591 buah GR Yaris terjual termasuk 1,001…