Toyota Crown Crossover kini dengan cat khas Matte Metal yang mudah dijaga

oleh Mohamad Hanif|
Orang yang memiliki kereta putih mungkin akan cakap, kereta berwarna putih sukar untuk dijaga, dan cepat pula kotor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun ada pula pihak berpendapat, hitam dan merah merupakan warna kenderaan yang paling sukar untuk dijaga.

Jika anda pening dan tak tahu nak pilih warna apa, beli sahaja sebuah Toyota Crown Crossover di Jepun yang kini ditawarkan dalam edisi Limited Matte Metal.
 

mm


Edisi khas ini adalah berdasarkan Toyota Crown Crossover RS Advanced dengan spesifikasi tinggi termasuk rim aloi hitam husam bersaiz 21 inci sebelum ia didatangkan dengan kemasan warna Matte Metal yang unik.

Kemasan cat tersebut disudahi dengan satu lapisan perlindungan permukaan nipis yang dinamakan sebagai TM Coat yang direka untuk melindungi cat kusam tersebut daripada mudah kotor, dan paling penting ia mesra dengan mana-mana kedai basuh kereta di kawasan rumah.
 

BB


Untuk ruang kabin pula, ia membawakan tema Black Lumish, terdiri daripada upholsteri kulit hitam, jahitan kontras merah, aksen hitam, serta kemasan 'warm steel' pada papan pemuka.

Pada bahagian seperti konsol tengah, kad pintu dan papan pemuka pula dipadankan dengan bahan sentuh lembut untuk penampilan yang lebih premium.
 

mm


Toyota Crown Crossover Matte Metal ini didatangkan dengan sistem trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 2.4 liter turbo dan dua motor elektrik, di mana ia mampu menghasilkan kuasa keseluruhan 345 hp dan 542 Nm.

Kuasa itu disalurkan kepada sistem pacuan semua roda E-Four Advanced menerusi transmisi automatik enam nisbah kelajuan.

Harga jualan Toyota Crown Crossover Limited Matte Metal ini bermula dari ¥7,500,000 (RM243,107), atau ¥1,100,000 lebih mahal berbanding Crown Crossover RS Advanced.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…