Toyota Crown 2018 - Dari teksi kepada kereta canggih

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Crown Concept
Toyota Crown Concept
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukankah Toyota Crown ini satu masa dahulu pernah dijadikan teksi di beberapa negeri tempatan? Bukan setakat di dalam negara malah Crown ibarat teksi Singapura sebelum dihentikan pada tahun 2014. 

Dan melihat dari gambar terbaru yang diedar oleh Toyota bilakah masanya Crown menjadi begitu sleek sebegini?

Iya, ini lah Toyota Crown Concept dan ia bakal dipamerkan bermula 25 Oktober depan di Pameran Kenderaan Tokyo (TMS) ke-45.

Crown sebenarnya adalah produk legenda dan ikonik Toyota. Walaupun tidak ikonik seperti Corolla atau Camry, model ini mempunyai sejarah yang panjang. Crown mula diperkenalkan pada tahun 1955 dan sehingga kini sudah pun generasi ke-14.

Crown mula dilihat berubah dari gayaan berkotak kepada lebih sleek bermula dari generasi ke-13 yang mula diperkenalkan pada tahun 2008.

Crown generasi ke-14 diperkenalkan pada tahun 2012 dan ia langsung tampil menyerlah dengan gril ibarat huruf kumpulan rock KISS.

Model konsep yang bakal dipamerkan pada TMS nanti ialah bayangan kepada generasi ke-15 dan ia adalah sebahagian daripada hala tuju baharu Toyota ke arah kenderaan yang seronok untuk dipandu.

Untuk itu, TMC telah mereka bentuk Crown dari kosong dan ini boleh dilihat dengan bentuknya yang sudah lebih kepada Lexus berbanding sebuah Toyota.

Crown baharu ini menggunakan platform baharu Toyota New Global Architecture (TNGA) dan menariknya ia turut diuji di litar Nürburgring, Jerman.

Selain dari menala pengendalian supaya lebih jitu, pembangunan kereta ini turut tertumpu kepada kestabilan pemanduan dalam kawasan kelajuan rendah atau tinggi dan di atas permukaan baik atau kasar.

Toyota mahu menghasilkan sebuah kereta yang dalam kawalan serta senang untuk dipandu selain dari menikmati pengalaman pemanduan.

Crown ini juga dilengkapi teknologi hubungan canggih berdasarkan teknologi IoT atau Internet of Things. Crown versi komersil ini dipasangkan Modul Komunikasi Data (DCM) sebagai kelengkapan standard.

Ia berfungsi dengan mengumpul data pemanduan dan Toyota berharap maklumat data besar (big data) dapat membekalkan mereka input dalam memberikan lebih nilai kepada pelanggan.

Sebagai contoh, data yang terkumpul dari keadaan trafik dapat digunakan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

Selain itu Toyota juga mensasarkan untuk mendiagnos kereta secara kawalan jauh menggunakan data yang dikumpul dari DCM. Maklumat itu membolehkan Toyota mengesan potensi masalah dan keperluan bagi penyelenggaraan kenderaan.

Pusat panggilan pula menyediakan sokongan dan bantuan pantas yang seterusnya memberikan rasa selamat dan dilindungi kepad pengguna.

Teknologi keselamatan canggih yang mahu dilaksanakan Toyota pula lebih dari sistem pembrekan automatik. Melalui teknologi ITS Connect, sistem ini akan berkongsi maklumat seperti lampu isyarat dan kenderaan lain.

Melalui penggunaan data besar, Toyota percaya teknologi hubungan seperti ini dapat memberi keseronokan kepada pemandu dan pemilikan kenderaan.

Toyota mahu mengubah dari sebuah kereta yang hanya bergerak secara terpisah kini kepada kereta yang berhubung untuk kebaikan pemilik dan masyarakat sekeliling.

Walaupun dipamerkan pada hujung bulan ini, TMC hanya akan melancarkan sekitar pertengahan tahun depan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…