Toyota Corolla Cross 2024 dikemaskini - enjin Dynamic Force 2.0L, enjin hibrid ditambah baik

oleh Mohamad Hanif|
Toyota telah mengemas kini penawaran crossover kompak Toyota Corolla Cross untuk model tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan utama boleh didapati pada model hibrid, di mana enjin 1.8 liter itu telah menerima modul elektrik yang telah dikemaskini untuk penghasilan output kuasa yang lebih tinggi, dan dalam masa yang sama menawarkan penggunaan bahan api yang rendah.
 

CC


Sementara model petrol konvensional pula mendapat nadi Dynamic Force 2.0L bagi menggantikan nadi 1.8 liter pada model terdahulu - juga dengan manfaat yang sama.

Sementara itu, sistem keselamatan Corolla Cross 2024 ini telah ditambah baik dengan fungsi Proactive Driving Assist yang menyokong operasi stereng dan brek, diikuti Pre-Crash Safety yang dapat mengesan kehadiran kenderaan dan pejalan kaki di persimpangan.
 

CC


Dari segi luaran, Toyota Corolla Cross 2024 telah mendapat unit lampu utama LED dengan grafik ala Lexus untuk bahagian depan dan belakang.

Untuk ruang kabin pula, terdapat skrin infohibur sebesar 10.5 inci yang menyokong sambungan Wi-Fi, skrin kluster digital TFT 12.3 inci, serta opsyen bumbung suria panorama.
 

Cc


Seperti biasa, pengeluar aksesori Toyota Modellista turut menawarkan pelbagai jenis aksesori yang boleh dipadankan pada Corolla Cross 2024, termasuklah kit badan, rim, tingkap kaca privasi dan bermacam-macam lagi.

Di Jepun, Toyota Corolla Cross 2024 dijual pada harga bermula dari 2,184,000 yen (RM89,907) hingga 3,459,000 yen (RM109,531).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tidak seperti model yang dipasarkan di Jepun, Corolla Cross facelift Thailand ini dilihat…
Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Global
  Warna Barcelona Red dengan bumbung Jet Black nampak menyerlah dan terdapat dua lagi pilihan…