Toyota catat keuntungan besar, permintaan model hibrid melonjak tinggi!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dalam satu kenyataan Rabu lalu mendedahkan keuntungan suku tahunannya melonjak dua kali ganda berbanding tahun lalu disebabkan oleh pemintaan tinggi terhadap model-model hibrid.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana terdapat peningkatan trend terutama di Amerika Syarikat di mana pengguna beralih daripada kenderaan elektrik (EV) kepada kenderaan hibrid disebabkan oleh kos pembiayaan EV yang agak tinggi, serta masalah ketersediaan infrastruktur pengecasan.

Menurut laporan CNBC, angka jualan kenderaan hibrid konvensional Toyota meningkat 41 peratus kepada 888,000 unit, sementara julan kenderaan plug-in hybrid (PHEV) pula naik hampir 90 peratus kepada 39,000 unit.

Secara keseluruhan, kenderaan berelektrik Toyota kini menguasai 36.4 peratus daripada jumlah jualan global, berbanding 27.3 peratus untuk tempoh yang sama tahun lalu.

 

bz


Sementara itu menurut laporan Reuters, biarpun Toyota beraksi cemerlang di kebanyakan rantau termasuklah Asia, Jepun dan Amerika Syarikat, selain mencatatkan keuntungan operasi sebanyak ¥1.44 trillion (peningkatan 155.6 peratus), gergasi automotif itu masih tidak dapat lari daripada berdepan masalah di China.

Peningkatan pemilikan dan penawaran kenderaan elektrik oleh syarikat automotif domestik bukan sahaja memberikan kesan kepada Toyota, malah ia juga turut menjejaskan pesaingnya seperti Nissan, Honda dan juga Mitsubishi.

Toyota juga kini berdepan dengan cabaran besar di pasaran Asia Tenggara, terutama di Thailand disebabkan oleh peningkatan pelaburan oleh syarikat-syarikat automotif China, kebanyakannya mahu menumpukan perhatian kepada permintaan terhadap EV yang semakin meningkat.

Sumber: CNBC, Reuters melalui BusinessLife

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…