Toyota Camry dan Corolla Altis kini lebih nilai dengan pakej baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mengekalkan daya tarik Camry dan Corolla Altis, UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengemaskini kelengkapan pada kedua-dua kereta penumpang tersebut yang tampil relevan dengan persaingan semasa.

Untuk Camry, kesemua empat varian kini tampil dengan kemasan carbon wood serta sulaman coklat pada papan pemuka.

 

Toyota Camry dan Corolla Altis kini lebih nilai

 

Varian Camry 2.5HV Luxury pula lebih eksklusif dengan kerusi balutan kulit Kogane (emas dalam bahasa Jepun).

Pelanggan yang mahu lebih aksesori pula boleh memesan kelengkapan seperti slot pengecas USB dan cermin boleh sisi boleh lipat automatik. Panoramic View Monitor (PVM) pula boleh dipesan untuk varian Camry terpilih.

Toyota Camry adalah model kereta penumpang perdana (flagship) yang ditawarkan UMWT yang tampil dengan status, kemewahan, keselesaan serta kuasa.

Varian paling istimewa ialah Camry Hybrid yang dipacu oleh nadi kuasa 2.5 liter Hybrid Synergy Drive untuk pemanduan berprestasi tanpa penggunaan bahan api yang tinggi.

Toyota Camry dan Corolla Altis kini lebih nilai

Sebuah lagi model dalam segmen kereta penumpang iaitu Corolla Altis turut ditawarkan dengan beberapa aksesori pilihan. 

Di antaranya ialah dua slot pengecas USB, cermin sisi boleh lipat automatik dan plet sisi pintu bercahaya pada bahagian depan dan belakang.

Selain itu, UMWT turut menawarkan kepada pembeli dua kelengkapan yang sangat berguna iaitu perakam video digital (DVR) dan Panoramic View Monitor bagi mengawasi keadaan sekeliling sewaktu mengundur serta keluar dan masuk dari parkir.

 

Toyota Camry dan Corolla Altis kini lebih nilai

 

UMWT memaklumkan tiada kenaikan harga untuk Camry dan Corolla Altis.

Harga di atas jalan (tanpa insurans) Toyota Camry bermula dari RM 148,600 manakala Corolla Altis pula bermula dari RM 117,400.

Toyota Camry dan Corolla Altis didatangkan dengan lima tahun waranti tanpa had perjalanan manakala Camry Hybrid pula mempunyai lapan tahun jaminan untuk pek bateri hibrid yang dapat memberi ketenangan minda kepada pemilik kereta canggih ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…