Toyota C-HR adalah SUV terlaris di Jepun - 117K unit terjual pada 2017!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dengan pendekatan reka bentuk berbeza dan jauh lari daripada model massa seperti Vios atau Camry, Toyota nampaknya berjaya memikat sejumlah pelanggan di Jepun apabila C-HR menerajui segmen SUV dengan jualan sebanyak 117,299 unit*.

Toyota C-HR mula diperkenalkan pada Disember 2016 dan tampil dengan ekspresi segar dan funky mengikut rentak pesaing lain dalam segmen seperti Honda HR-V dan Mazda CX-3.

Reka bentuk yang luar biasa untuk sebuah Toyota (kecuali Estima dan Vellfire) berjaya menarik perhatian ramai bukan sahaja di Jepun malah beberapa pasaran lain seperti Asean.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Toyota C-HR

Untuk pelanggan tempatan, UMW Toyota Motor sudah beberapa kali mempamerkan C-HR dipelbagai lokasi bagi mencetus minat terhadap model ini. Dengan reka bentuk yang agresif dan penjenamaan serta reputasi Toyota, model ini turut beberapa kali tular dalam media sosial.

Walaupun sudah dipertontonkan kepada orang ramai, UMW Toyota masih lagi tidak mendedahkan harga dan ini sahaja halangan C-HR untuk menjadi popular seperti pesaing lain dalam segmennya.

Terdapat pelbagai ura-ura tentang harga SUV ini di antaranya sekitar RM 145,000 dan jika benar, ia jauh meninggalkan Honda HR-V yang dipasarkan pada harga RM 98,000 hingga RM 117,000 dan Mazda CX-3 pada RM 134,000.

Toyota C-HR

Untuk pasaran tempatan, Toyota C-HR diimport dari Thailand dan hanya ditawarkan dalam varian enjin tunggal 1.8 liter Dual VVT-i berkuasa 137 PS dengan tork 170 Nm.

Tempahan untuk SUV ini sudah pun dibuka dengan pelancaran rasmi dijangka tidak lama lagi.

*Persatuan Pengeluar Kenderaan Jepun (Japan Automobile Manufacturers Association)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…