Toyota bakal tampil Century baharu - guna enjin 5.0L V8 hybrid.

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk peminat Toyota, pasti mengenali model Century.

Century ialah model Toyota yang paling premium dan ia sebenarnya hanya dijual di Jepun, walaupun ada sedikit yang dieksport keluar untuk pasaran luar (yang membeli pun kebanyakannya orang Jepun bekerja di luar negara juga).

Toyota Century generasi pertama muncul dalam tahun 1967 dan ia sebenarnya diberi nama atas sambutan hari jadi pengasas Toyota, Sakichi Toyoda yang ke 100.

Toyota Century itu menggunakan enjin V8 dan digunakan oleh VIP di Jepun, termasuk Perdana Menteri Jepun. Hampir kesemua komponen dipasang dengan tangan, menunjukan betapa tingginya nilai kualiti Century ini.

Selepas 30 tahun, generasi kedua diperkenalkan dalam tahun 1997.

Generasi kedua menggunakan enjin V12, satu-satunya enjin V12 untuk Toyota pacuan roda belakang. 

20 tahun berlalu dan pada hujung bulan ini, Toyota akan mengusung keluar Century generasi ketiga yang menggunakan enjin 5.0-liter V8 dengan teknologi hybrid.

Jarak roda dipanjangkan, birai pintu direndahkan dan pintu belakang ditinggikan agar memudahkan penumpang belakang keluar dan masuk.

Lampu hadapan menggunakan teknologi LED Array AHS sementara bentuk bumbung semakin memberikan fokus untuk ruang belakang yang luas.

Dari sisi, ia nampak lebih ke arah sebuah Rolls Royce sebenarnya. 

Enjin 5.0L 2UR-FSE V8 dengan teknologi suntikan bahan api D-4S dan sistem hybrid THS II memberikan penggunaan bahan api paling efisien di dalam kategorinya. 

Ia juga menggunakan tayar yang direka khusus untuk pemanduan yang kurang gegaran. 

Untuk memastikan kabin sentiasa senyap, paut enjin atau engine mount dioptimakan untuk kesenyapan dan teknologi Active Noise Control System memberi fokus kepada bermula pada saat enjin dihidupkan.

Tiada harga diberikan buat masa ini dan jika ada pun, tidak ada ramai yang mungkin berminat kerana Century ini dibina khusus untuk pasaran Jepun, dan dibeli oleh pembeli Jepun yang faham akan tradisi premium Jepun.

Ia umpama lambang kejayaan individu di Jepun, tetapi pada pendapat Careta, ia membuktikan pemimpin dan mereka yang berjaya di Jepun sangat berbangga dengan produk mereka sendiri.

Berapa ramai pemimpin kita yang membeli Proton Perdana dengan duit mereka sendiri dan dijadikan kenderaan utama ya? 

*Gambar dari NetCarShow

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…
Berita Global
Semasa membentangkan fakta berkenaan model baharu Alphard dan Vellfire tempoh hari, Ketua Pegawai…
Berita Global
Namun, keadaan itu bakal berubah pada tahun ini di mana Toyota dilapor akan hadir dengan Toyota…