Toyota bakal lancar Avanza 1.5X - RM82,700 seunit?

oleh Afandi Che Muhamad|
UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) hari ini mengumumkan bakal memperkenalkan Toyota Avanza 1.5X dalam tempoh terdekat.

Avanza 1.5X akan mula dipamerkan kepada orang ramai pada acara hujung minggu, Toyota Weekender di semua bilik pameran Toyota terlibat mulai 24 Februari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut jurucakap UMWT, Toyota Avanza baharu tersebut memiliki penampilan yang lebih ranggi dan menarik.

Sebagai permulaan, harga yang ditawarkan UMWT untuk varian terbaharu berkenaan bermula serendah RM82,700 (tidak termasuk insurans, untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung).

Pakej harga yang ditawarkan itu merangkumi jaminan lima tahun tanpa had perbatuan untuk pengalaman pemilikan terbaik kepada pengguna.

Jaminan berkenaan turut sah bagi pemilik kenderaan seterusnya, asalkan ia masih berada dalam tempoh lima tahun jaminan.

Ini memberikan nilai tambah kepada kenderaan tersebut.

Bercerita serba sedikit mengenai Toyota Avanza 1.5X, ia didatangkan dengan bampar depan dan belakang dengan kemasan hitam serta perak.

Turut terdapat pada Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) tersebut ialah kemasan tambahan pada bahagian lekuk tayar beserta kemasan akhir hitam.

Varian terbaru ini masih kekal sebagai sebuah kenderaan MPV untuk kegunaan keluarga dengan kemampuan untuk menampung tujuh penumpang dengan tiga barisan tempat duduk.

Untuk memudahkan urusan membawa penumpang atau barangan, tempat duduk barisan kedua dan ketiga dibahagikan kepada dua seksyen sekata yang boleh dilipat untuk mendapatkan ruang kargo tambahan jika perlu.

Selebihnya, tumpuan diberikan untuk memastikan keselesaan penumpang dan dalam masa yang sama turut memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada semua penumpang ketika berada di dalam kabinnya.

Kehadiran sistem pendingin hawa dengan dwi-penghembus, penghembus keduanya terletak pada bahagian siling turut memastikan udara sejuk dapat dinikmati penumpang di barisan ketiga.

Tidak terhad di situ sahaja, turut ditawarkan sebagai aksesori pilihan ialah hiasan pada bumbung serta rim aloi 16 inci dengan rekaan unik.

Kedua-duanya memberikan kelainan kepada penampilan keseluruhan Avanza 1.5X. 

Pelanggan yang ingin menaiktaraf sistem infotainmen boleh berbuat demikian dengan memilih sistem DVD-AVX atau DVD-AVN.

Kedua-duanya hadir dengan skrin sentuh yang besar lengkap dengan paparan kamera undur.

Bagi unit DVD-AVN, ia turut dilengkapi dengan pelayar internet (memerlukan sambungan WiFi dari pengguna) dan sistem tunjuk arah (GPS).

Semua varian Avanza termasuk 1.5X terbaru ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaik dari sudut impak perlanggaran.

Terdapat dua beg udara di bahagian depan, dengan ketujuh-tujuh tempat duduk dipasangkan dengan tali keledar tiga perumah serta dua tapak ISOFIX pada barisan kedua untuk membolehkan pengguna memasang kerusi keselamatan kanak-kanak.

Tempahan untuk Avanza 1.5X baharu kini dibuka dan pengguna berminat boleh berkunjung ke bilik pameran Toyota seluruh negara.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web rasmi UMWT di www.toyota.com.my.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…