Dan anda sendiri tidak akan sangka model yang kami paparkan ini sebenarnya telah dilengkapi dengan trenkuasa elektrik.
Memperkenalkan, Land Cruiser 70 Series BEV (Battery-electric vehicle)!
Menerusi kerjasama dengan syarikat perlombongan sumber terkemuka Australia BHP, Toyota Australia (lebih tepat lagi divisyen Perancangan dan Pembangunan Produk Toyota Australia) telah menjalankan ujian perintis dengan menggunakan sebuah Land Cruiser 70 Series yang akan digunakan untuk membantu kerja-kerja perlombongan.
Kuda kerja berkuasa elektrik ini akan diletakkan di Lombong BHP Nickel West yang terletak di barat Australia bagi mengurangkan kadar pelepasan emisi daripada fleet kenderaan tugas ringan syarikat tersebut.