Toyota ambil masa tiga tahun bangunkan tandas bergerak untuk OKU

oleh Mohamad Hanif|
Selalunya, para pekerja di dalam Vision Design Division Toyota akan diberikan tugas untuk membayangkan rekaan termaju untuk dipadankan pada mana-mana model konsep yang bakal diperkenalkan oleh Toyota pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun pada tahun 2019, mereka diberikan satu tugasan yang cukup unik - membangunkan sebuah tandas bergerak yang bukan sekadar sebuah kotak plastik yang ditampalkan logo Toyota.

Sebaliknya, ia sebuah tandas mudah alih yang boleh diakses terutama untuk golongan OKU yang berkerusi roda.
 

tandas


Selepas model prototaip siap, beberapa perubahan telah dibuat mengambil kira maklum balas daripada seorang pengguna kerusi roda, seperti:
• warna lantai yang lebih gelap untuk mengurangkan kesan tayar
• permukaan lantai yang lebih bertekstur untuk mengurangkan kesan gelincir
• tandas duduk 3cm lebih tinggi berbanding kebiasaan untuk menampung keperluan pengguna yang pelbagai

Seorang pelajar sekolah menengah yang menggunakan kerusi roda turut meminta pasukan tersebut untuk menghasilkan rekaan tandas yang lebih 'cool' dan tidak seperti tipikal tandas mudah alih yang biasa kita lihat.
 

tandas


Perubahan yang besar berlaku semasa acara Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung pada tahun 2021, di mana mereka mendapati kadar penggunaan air adalah dua kali ganda berbanding apa yang dijangka.

Untuk menangani masalah tersebut, mereka telah memasang sistem air volum rendah yang sama digunakan dalam kereta api peluru Shinkansen.
 

tandas


Pasukan Toyota juga turut mengambil maklum balas daripada pihak berkuasa tempatan semasa di dalam proses pembangunan.

Antara input yang diterima ialah tandas tersebut perlulah ringan supaya mudah untuk ditunda dan dipandu oleh pengguna yang mempunyai lesen memandu standard.

Untuk menghasilkan sebuah struktur yang tegar dan dalam masa yang sama mengekalkan berat ke tahap minimum, mereka telah menggunakan bahan seakan ejen berbuih yang diapit antara kepingan logam, di mana ia merupakan binaan yang sama didapati pada trak kontena yang disejukkan.
 

tandas


Trailer tandas ini juga turut membuat kemunculan pada acara WRC Forum8 Rally Japan 2022 yang diadakan di Aichi dan Gifu pada tahun lepas.

Menurut Toyota, mereka sedang dalam usaha untuk menambah baik sistem sedia ada selepas seorang pengguna kerusi roda memberikan cadangan bukaan pintu dipermudahkan dengan hanya menggunakan butang fungsi, serta mekanisme kekunci yang kurang kompleks.

Sumber: Toyota Times