Touch ‘n Go hentikan jualan SmartTAG dan melaksanakan ujian perintis teknologi RFID bermula September 2018

oleh SALINA JALIL|
Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (Touch ‘n Go) bakal melancarkan teknologi RFID (Radio Frequency IDentification) kepada pengguna-pengguna lebuhraya utama di Malaysia mulai September 2018. Keputusan ini dibuat setelah Touch ‘n Go melaksanakan sesi ujian menyeluruh ke atas teknologi tersebut melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya dibawah naungan pihak berkuasa lebuhraya sepanjang tahun lepas.
Kawasaki Legend Reborn

Touch ‘n Go menjemput dan mengalu-alukan orang ramai yang berminat menggunakan RFID untuk mendaftar melalui laman web www.touchngo.com.my dan mengambil bahagian dalam ujian perintis tambahan yang akan bermula pada 3 September 2018 ini. Hasil dari ujian perintis ini dapat membantu Touch ‘n Go dan pihak-pihak yang berkenaan untuk memperbaiki sebarang kelemahan di dalam sistem RFID ini sebelum ianya dilancarkan di seluruh lebuhraya di Malaysia sekitar Januari 2019.

 

Selaras dengan rancangan pelancaran sistem RFID ini pada tahun hadapan, pihak Touch ‘n Go tidak lagi menjual peranti SmartTAG di mana-mana agen-agen sah Touch ‘n Go bermula daripada 8 Ogos 2018. Walau bagaimanapun, peranti SmartTAG yang sedia ada masih boleh digunakan di semua lebuhraya.  Di samping itu, pengguna-pengguna lebuhraya masih boleh menggunakan kad Touch ‘n Go dan MyKad mereka untuk pembayaran tol seperti biasa.

 

 

RFID adalah tekonologi sedunia yang telah digunapakai di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan untuk pembayaran tol secara elektronik. Sistem RFID ini menggunakan cip Frekuensi Radio yang terkandung di dalam satu pelekat yang kemudiannya ditampal pada sesebuah kenderaan. Pelekat ini adalah unik bagi satu kenderaan dan akan dihubungkan kepada Aplikasi eWallet Touch ‘n Go yang memberikan kemudahan kepada pengguna-penggunanya untuk memantau baki eWallet mereka dan menambah nilai atas talian melalui perbankan atas talian dan kad debit/kredit. Ia juga menawarkan pilihan menambah nilai di luar talian melalui penggunaan nombor pin. Pelekat RFID ini akan menggantikan peranan peranti SmartTAG yang sedia ada.

 

 

Senarai lebuh raya di Lembah Kelang yang dilengkapi dengan lorong RFID adalah seperti berikut:-

  1.  

Lebuhraya KL-Karak (KLK)

  1.  

Lebuhraya Damansara –Puchong (LDP)

  1.  

Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA)

  1.  

Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)

  1.  

Lebuhraya Grand Sepadu (Grand Sepadu)

  1.  

Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

  1.  

Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK)

  1.  

Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)

  1.  

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

  1.  

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART)

  1.  

Lebuhraya Pantai Baharu (NPE)

  1.  

Lebuhraya Besraya (BESRAYA)

  1.  

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)

  1.  

Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR)

  1.  

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

  1.  

Lebuhraya Guthrie Koridor (GCE)

 

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan RFID dan pendaftaran sebagai pengguna awal fasa percubaan atau mana-mana produk Touch ‘n Go dan perkhidmatan, sila layari www.touchngo.com.my, atau ikuti @MyTouchnGo melalui Facebook dan Twitter, atau SMS TNG <pertanyaan anda> dan tekan HANTAR kepada 36266 atau emel [email protected]  atau hubungi Touch ‘n Go Careline di talian 03-27148888.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Soalan: Bagaimana sistem RFID ini berfungsi? Apabila kenderaan melepasi tol, pengimbas di bahagian…
Berita Domestik
Sistem Bayaran Mudah Alih Transit atau  ‘Mobile Transit Payment’ (MTP) melalui aplikasi dompet…
Berita Domestik
Ini bermakna TnG tidak akan lagi menerima Smart Tag model ini untuk diperbaiki. Menurut sumber…