Touch n Go henti khidmat lepas-jualan untuk Smart Tag OBU 330

oleh HEZERI SAMSURI|
Touch N Go (TnG) telah mengumumkan di laman Facebook mereka bahawa perkhidmatan selepas jualan untuk peranti Smart Tag model OBU 330 yang telah berada di dalam pasaran lebih dari 10 tahun itu akan dihentikan bermula dari 1 Julai 2018 ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bermakna TnG tidak akan lagi menerima Smart Tag model ini untuk diperbaiki.

Menurut sumber yang rapat dengan TnG, model ini sudah terlalu lama dan kesukaran untuk mendapat alatganti adalah punca utama perkhidmatan servis peranti itu ditamatkan.

TnG akan terus membaiki mana-mana peranti Smart Tag OBU 330 yang telah dihantar untuk kerja pembaikan tetapi selepas tarikh 1 Julai, sebarang permintaan untuk pembaikan bagi model tersebut terpaksa ditolak.

 

TnG1

 

Peranti itu bagaimanapun masih boleh digunakan di mana-mana tol Smart Tag.

Model OBU 330 ini terkenal sebagai antara model Smart Tag yang sangat lasak dan jauh lebih baik dari model penggantinya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjelaskan ia merupakan inisiatif awal…
Berita Domestik
"Tiga ke lima tahun adalah masa yang terlalu lama. Tetapi beri kami masa untuk memastikan sistem…
Berita Domestik
Pengguna di Malaysia yang bijak memang sudah lama menerima kenyataan bahawa tol akan tetap wujud.…