Touch 'n Go dapat izin Bank Negara untuk operasi bersama Alipay

oleh HEZERI SAMSURI|
Merdeka Bonanza

Touch 'n Go Sdn Bhd, pemain nombor satu Malaysia dalam segmen micropayment telah mendapat izin dari Bank Negara untuk menawarkan perkhidmatan mobile e-wallet.

Operasi perkhidmatan itu akan dilakukan melalui syarikat TNG Digital Sdn Bhd, satu syarikat usahasama Touch 'n Go dan Ant Financial Group yang menggunakan platform Alipay.

Buat masa sekarang, Alipay mempunyai 450,000,000 pengguna di China.

Perkhidmatan baharu ini akan membenarkan pengguna Touch 'n Go untuk melakukan pembayaran bil, online shopping, bayaran pembelian dan pemindahan baki secara online dengan selamat.

Dengan ini, anda tidak perlu lagi menggunakan cara kolot untuk top-up kad Touch 'n Go. Anda sepatutnya boleh melakukan pemindahan baki terus ke dalam kad itu secara online.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan kemunculan pelbagai jenama dan kaedah pembayaran elektronik kebelakangan ini, Careta…