Tom's hasilkan kit badan sporti untuk Crown Crossover

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Crown Sedan generasi keenam belas akan mula rasmi dijual di pasaran Jepun menjelang suku ketiga tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti sedan generasi terdahulu, Crown Sedan baharu ini mempunyai dimensi 120 mm lebih panjang, dan jarak antara roda 150 mm lebih panjang, selain membawakan pilihan trenkuasa hibrid dan juga sel bahan api.

 


Careta sendiri berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat sedan Crown ini di acara Shanghai Auto Show beberapa bulan lepas, dan memang tidak dapat dinafikan ia antara sedan Toyota yang cantik di dalam pasaran.

Di Jepun, syarikat penala terkenal Tom's tampil kit badan sporti untuk dipadankan pada Crown Crossover sedia ada.
 

crown


Sekali imbas, memang nampak macam Crown Sedan, ini kerana Tom's telah membuang suspensi yang tinggi pada Crown Crossover bagi menjadikan badan sedan ini rapat ke bumi.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan spoiler lip hadapan, skirt sisi yang agresif, diikuti dengan diffuser belakang sporti dan sayap belakang yang menonjol.
 

Crown


Bagi mereka yang tidak mahukan penampilan yang agak menonjol, mereka boleh menyembunyikan tip ekzos di sebalik jejaring pada bampar belakang.

Rim asal OEM turut dihukum buang daerah, dan digantikan dengan rim kustom bersaiz 21 inci dengan pilihan kemasan hitam berkilat atau kemasan berus.
 

toms


Dengan tambahan kos, pemilik Crown boleh menaiktaraf sistem brek hadapan kepada tetapan Brembo.

Dengan pengenalan model Crown generasi baharu, Toyota nampaknya mahukan ia menjadi sebuah model global yang sejati, dengan menembusi lebih 40 buah negara di seluruh dunia dan sasaran jualan tahunan sekitar 200,000 unit.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak salah untuk kami nyatakan, jentera homologasi WRC dari Toyota ini bakal menjadi suatu rebutan…
Berita Global
Dan tidak sah kemeriahan acara Super GT Japan tanpa kehadiran jentera  Toyota Supra TOM's Racing…