Tommi Mäkinen - Saya tidak miliki Evo 6 TME pun!

oleh Penyumbang Rencana 2|
Siapa tidak kenal Mitsubishi Evolution, dan mereka yang kenal model itu pasti akan tahu varian Tommi Mäkinen Edition (TME) untuk Lancer Evo 6.

Temuramah bersama lagenda rally oleh majalah popular US, Road And Track mendapati bahawa juara rally WRC empat kali dengan Mitsubishi itu tidak memiliki Lancer Evo 6 TME itu walaupun varian itu membawa nama beliau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah antara fakta-fakta terkini dan juga sedikit sejarah lama beliau.

  • Mäkinen sekarang ialah Pengurus Pasukan (Team Principal) untuk Toyota Gazoo Racing WRC sejak tahun 2016. Pasukan itu kini mendahului Kejuaraan Pembuat (manufacturer) untuk WRC.
  • Beliau menguji Yaris WRC lebih dari 4,800 km ketika pasukan itu sedang membina kereta rally tersebut.
WRC yaris
  • Mäkinen berkata kereta rally yang gagal semasa beliau aktif berlumba ialah model Nissan Sunny GTI-R dalam tahun 1992 di Finland.
  • Semasa acara Race of Champions di Gran Canaria, Mäkinen sedang memandu kereta rally Mitsubishi beliau sebelum mencuba memandu sebuah kereta rally Toyota. Beliau laju lebih dua saat dengan Toyota itu, dan beliau terus bertanya kepada pengurusnya ketika itu, apakah kereta yang dipandunya itu. Sejak hari itu, beliau mengidam untuk berlumba rally menggunakan Toyota.