Tiga syarikat besar Jepun didapati bersalah menipu data ujian

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Motor Corp, Suzuki Motor Corp dan Yamaha Motor Co mengaku bersalah melakukan ujian pelepasan emisi dan tahap penggunaan bahan api yang menyeleweng daripada piawaian ujian sebenar, menurut kerajaan Jepun pada khamis lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam kes ini, Suzuki, Yamaha dan Mazda didapati meluluskan kenderaan yang diuji walaupun kondisi ujian yang tidak melepasi piawai serta berlaku ralat yang mampu mengganggu keputusan ujian yang dijalankan. 

Kes yang didedahkan ini sedikit sebanyak memberikan imej yang negatif kepada negara matahari terbit berkenaan yang terkenal dengan disiplin yang tinggi dan kualiti kerja yang berkualiti. 


Keputusan ujian tersebut didapati setelah kerajaan mengarahkan para pengeluar untuk memeriksa kembali operasi mereka, merujuk kepada pendedahan terhadap salah laku yang dibuat oleh Subaru Corp dan Nissan Motor Co, tahun lalu. 

Dunia kini sedang memerhati apakah tindakan selanjutnya oleh para pengeluar sejak dariapda kes Volkswagen yang didapati bersalah memasang perisian rahsia pada lebih 11 juta kenderaan diesel demi melepasi tahap piawaian pelepasan emisi yang kini semakin ketat. 

Menurut satu sidang media, ketua eksekutif Suzuki iaitu Toshihiro Suzuki telah memberitahu pihak media dan memohon maaf atas kejadian yang berlaku, diikuti oleh wakil dari Mazda dan Yamaha. 

Ini merupakan susulan daripada apa yang berlaku terhadap Nissan yang mengaku memalsukan data pelepasan emisi terhadap 19 buah model kenderaan yang terjual di Jepun, Julai lalu. 
 


Tidak terhad kepada syarikat pengeluar semata-mata, syarikat berkaitan seperti Kobe Steel, Mitsubishi Materials Corp dan Toray Industries - syarikat pembekal bahan-bahan mentah automotif - turut sama didapati bersalah memalsukan data tahun lalu. 

Sumber: Reuters