Tiga perwakilan Dewan Muslimat Pas maut ketika perjalanan pulang

oleh Hamimah Hamid|
TIGA perwakilan Dewan Muslimat PAS dari Sungai Petani, Kedah meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 390 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Behrang, petang tadi.

Mangsa yang maut ialah Taibah Sulaiman (Ketua Dewan Muslimat PAS Sungai Petani) Nor Fatihah Nabilah Bukri (Ketua Ameerah Sungai Petani) dan Najihah Amzi (Penolong Setiausaha Dewan Muslimat PAS Sungai Petani).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, tiga buah kereta jenis Toyota Altis, Proton Persona dan Perodua Myvi serta dua buah motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC.

 

"Kemalangan dipercayai bermula apabila Mitsubishi Triton yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah hilang kawalan lalu berpusing dan terbalik di longkang kiri jalan.

 

"Pemandu Proton Persona dan Perodua Myvi serta penunggang motosikal bertindak memberhentikan kenderaan dan cuba membantu," katanya.

 

Namun ujar Mohd Hasni, lima minit kemudian kereta Toyota Altis yang dari arah sama telah merempuh dan menyebabkan kesemua mangsa terhumban ke dalam longkang.

 

Katanya, rempuhan itu menyebabkan Taibah dan Fatihah Nabilah meninggal di tempat kejadian manakala Nurul Najihah meninggal dunia di Hospital Slim River ketika mendapatkan rawatan.