Tiga maut: Polis berkas pemandu Proton Wira babit nahas di Serendah

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu kereta Proton Wira dipercayai cuba melarikan diri setelah terlibat dalam kemalangan maut di Serendah pada Jumaat akhirnya diberkas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, suspek yang dipercayai menjadi penyebab dua buah lagi kenderaan terlibat dalam kemalangan itu telah ditahan di Hulu Yam, Selangor pada Khamis jam 11.30 malam.

Beliau berkata, pemandu terbabit merupakan seorang lelaki berusia 61 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Semasa tangkapan dibuat, pemandu Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan maut tersebut.

"Hasil siasatan dilakukan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan dadah yang telah dihukum dan satu kes jenayah telah dihukum," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata beliau, tindakan reman selama empat hari bermula Jumaat dilakukan ke atas suspek bagi membantu siasatan.

Jelasnya, suspek ditahan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu menurutnya, seorang mangsa kemalangan yang terselamat merupakan penumpang Toyota Avanza masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

Beliau memberitahu, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam (Ahad) kita terima satu laporan polis dari…
Informasi
“Buat masa ini kes masih dalam siasatan. “Dan setakat ini masih belum ada tangkapan dan maklumat…
Berita Domestik
"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang…