TIGA KANAK-KANAK MAUT AXIA TERPEROSOK BAWAH LORI

oleh Mohamad Hanif|
IPOH: Tiga kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan jalan membabitkan sebuah Perodua Axia dan dua lori di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, Simpang Pulai, hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian kira-kira pukul tiga petang itu, seorang wanita yang memandu kereta Perodua Axia turut cedera parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menerima panggilan pukul 3.01 petang dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan jalan raya membabitkan dua buah treler dah sebuah kereta Perodua Axia.

 

 


"Kami difahamkan kedua-dua lori berkenaan bergesel sesama sendiri dan berhenti di laluan kecemasan sebelum Axia terbabit melanggarnya," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan khas rescue tool untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Ujar beliau, mangsa yang cedera parah telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi berkenaan yang turut mendapat bantuan daripada anggota dari BBP Simpang Pulai tamat pukul 4.25 petang.


Artikel oleh : Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam satu…
Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Global
Malah, ia tetap satu kesalahan jenayah walaupun bahan itu tidak diterbitkan langsung di mana-mana…