Tiga jentera prototaip Triton T1 sertai Asia Cross Country Rally 2023

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperoleh kejayaan dalam penyertaan tahun lepas, Mitsubishi Motors Corporation mengumumkan Team Mitsubishi Ralliart akan menyertai Asia Cross Country Rally 2023, kali ini menggunakan Mitsubishi Triton generasi baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga unit Triton spesifikasi rali (Group T1) akan menunjukkan keupayaan sebenar jentera tersebut pada bulan Ogos nanti, dengan menampilkan barisan pelumba berikut:
• Chayapon Yotha (Co-Driver: Peerapong Sombutwong)
• Rifat Sungkar (Co-Driver: Chupong Chaiwan)
• Katsuhiko Taguchi (Co-Driver: Takahiro Yasui)
 

AXCR


Sama seperti tahun lepas, Team Mitsubishi Ralliart akan diketuai oleh pengarah Hiroshi Masuoka yang juga bekas juara Rali Dakar dua kali.

Untuk tahun ini, Team Mitsubishi Ralliart menampilkan rakan sokongan berikut:

CARROSER Co. Ltd. - pembekal suspensi CUSCO, serta komponen pembeza gelincir terhad (LSD) depan dan belakang
ENDLESS PROJECT Co. Ltd. - pembekal angkup brek, pelapik dan rotor ENDLESS
ENEOS Corporation - pembekal minyak enjin
Fortec Motorsports Ltd - pembekal coolant, bendalir brek spesifikasi perlumbaan
HANKYU HANSHIN EXPRESS Co. Ltd. - sokongan pengangkutan
HKS Co. Ltd. - pembangunan enjin spesifikasi rali
PT PERTAMINA - penaja
Yokohama Rubber Co. Ltd. - pembekal tayar mud terrain GEOLANDAR G003
Mitsubishi Heavy Industries Engine & Turbocharger - pembekal pengecas turbo
Work Co. Ltd. - pembekal rim perlumbaan

Ketiga-tiga trak rali Triton tersebut telah pun menjalani ujian ketahanan menyeluruh bertempat di laluan off-road sejauh 800 km berdekatan Khao Yai National Park, pada 19-23 Jun yang lalu.
 

AXCR


Menurut Hiroshi Masuoka, "berdasarkan kekuatan Triton serba baharu yang asal, prestasi jentera rali Triton T1 telah dipertingkatkan dari segi pengendalian, kestabilan atas laluan sukar, serta keselesaan pemanduan.

"Tambahan pula, unit pengecas turbo telah ditambah baik untuk meningkatkan tahap respons enjin antara julat putaran rpm rendah ke tinggi sepanjang keseluruhan rali, menjadikan Triton baharu ini sebuah jentera rali berkuasa untuk sebarang keadaan jalan raya.

"Kami telah menjalankan ujian ketahanan atas laluan sukar berdasarkan keadaan rali sebenar, dan kesemua jentera tersebut berjaya melepasi laluan 800 km tanpa sebarang masalah besar. Ia sekaligus mengesahkan prestasi sebenar di luar jangkaan kami, dan memberikan keyakinan untuk meraih kejuaraan kedua berturut-turut tahun ini.
 

AXCR


Kejuaraan Asia Cross Country Rally 2023 akan berlangsung pada musim hujan 13-19 Ogos 2023, merangkumi jarak perjalanan sejauh 2,000 km termasuklah 1,000 km Special Stages.

Para pelumba akan menempuh pelbagai laluan yang sukar seperti kawasan bergunung, hutan, jalan berlumpur, serta lintasan sungai merentasi wilayah Kemboja, Laos dan juga Thailand.

Baca: Rahsia trak pikap rali Triton T1 AXCR 2022

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kesemua tiga unit trak prototaip Triton T1 itu berjaya melepasi garis penamat setelah menempuh…
Sukan Bermotor
Jentera rentas negara prototaip Mitsubishi Triton T1 yang dipandu oleh Chayapon Yotha berjaya…