Tiga cara paling cepat nak sejukkan kereta!

oleh Firdaus Razani|
Cuaca di Malaysia, memang tak pernah menentu, kalau pagi cuaca cerah, belum tentu sampai ke petang, hujan ribut pasti melanda tanpa dijangka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bila cuaca panas melanda, rasa lagi terseksa bila nak buat sesuatu aktiviti, terutama sekali apabila hendak memasuki ke kereta, bahangnya terasa seperti membuka oven yang panas.

 

ac

 

Jadi, kami kongsikan sedikit tips dan kaedah paling cepat untuk sejukkan kereta sewaktu musim panas seperti berikut;

 

Cara Pertama : Buka penghawa dingin (A/C) sehingga pada paras maksimum sejuk

-Kebiasaanya, apabila memasuki kereta ketika cuaca panas, kita pasti tunggu untuk suhu kabin sejuk dengan membuka A/C pada paras paling sejuk dan kipas paling maksimum.

-Ia membantu untuk menyejukkan kabin kereta dengan lebih cepat dan menghilangkan haba yang panas dari kabin kereta.

 

ac

 

Cara Kedua : Memandu dengan tingkap terbuka

-Selalunya, memandu dengan tingkap terbuka sudah pasti memberi penyejukkan yang paling segera kerana angin dari luar boleh masuk ke dalam kereta.

-Ia dapat membantu pengaliran udara panas keluar dengan lebih cepat dan menyejukkan pemandu dan kabin dengan kadar segera apabila memandu.

 

ac

 

Cara Ketiga : ‘Kipas’ pintu kereta

-Mungkin pelik, tapi mungkin berkesan? Jika mengikut fizik, "mengipas" pintu kereta beberapa kali dapat mencipta kawasan tekanan rendah yang benar-benar menyedut udara panas keluar dari kereta.

-Selepas membuat demikian, buka A/C untuk mempercepatkan udara sejuk berada dalam kabin setelah udara panas dikeluarkan dengan kaedah mengipas pintu kereta.

 

ac

 

Jadi, untuk menyejukkan kereta pada cuaca panas adalah amat penting, terutama sekali ia akan memberi keselesaan pada pemanduan supaya dapat memandu dengan lebih tenang.

Oleh itu, cara yang dilihat paling berkesan untuk menyejukkan kereta paling cepat adalah, mengipas pintu kereta beberapa, kerana ia menyedut keluar udara panas dengan kadar yang tinggi dan berkesan.

ac

SUMBER : Thrillist