Tidak perlu tukar talipinggang keledar

oleh SALINA JALIL|
Hari ini suratkhabar New Straits Times melaporkan bahawa mulai dari Januari 2018, talipinggang penumpang belakang jenis dua-point atau lap belt untuk kenderaan persendirian akan diharamkan penggunaannya.

Isu ini mula muncul sejak tahun 2007/2008 bila Malaysia menandatangani persetujuan untuk mengikut homologasi yang dibentuk oleh piawaian UN R16 atau MS1175.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua syarikat kenderaan sudahpun dimaklumkan dari awal akan perubahan ini dan dibawah perubahan regulasi UN baru baru ini, talipinggang keledar dua-point ini tidak lagi dibenarkan.

Semua kenderaan yang akan dilancarkan di dalam negara mulai tahun hadapan (2018) tidak akan lagi menggunakan talipinggang jenis ini.

Ini diberitahu kepada Careta oleh Dr Khairil Anwar Abu Kassim, Ketua Unit Asean NCAP di MIROS.  Walaubagaimanapun, pemilik kenderaan yang mempunyai talipinggang jenis dua-point ini tidak perlu menggantikannya.  Sangat sukar untuk menggantikan talipinggang jenis dua-point kepada tiga-point kerana ia melibatkan perubahan kejuruteraan.  

Diharapkan laporan kami ini dapat membantu untuk tidak mewujudkan rasa terkejut pemilik kenderaan dengan talipinggang jenis dua-point itu.