Tidak kisah berbelanja besar, Shukri pilih kumpul motosikal sebagai hobi!

oleh Afandi Che Muhamad|
Seorang pembantu teknikal menjadikan minat mengumpul beberapa buah motosikal sebagai hobi sehingga sanggup menghabiskan lebih RM165,300 bagi tujuan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Individu yang dimaksudkan ialah Mohd. Shukri Samar, 43.

Untuk makluman, Shukri (gambar) sudah pun memiliki sepuluh jenis motosikal setakat ini.

Menariknya, isteri Shukri, Syazana Aminolah, 38, turut memberikan sokongan terhadap minat suaminya itu.

Menurut bapa kepada empat orang anak itu, dia hanya memilih membeli motosikal tertentu yang baginya mempunyai tarikan istimewa.

"Kesemua motosikal itu saya beli sejak tahun 2013 lagi dan kini saya memiliki sepuluh motosikal terdiri daripada pelbagai jenis jenama.

"Saya sudah membelanjakan lebih RM165,300 bagi mendapatkan kesemua motosikal yang sememangnya menjadi idaman saya dan mempunyai nilai yang sangat istimewa," katanya kepada Careta ketika ditemui di Bukit Damansara minggu lalu.

Berikut disenaraikan harga dan jenis motosikal dibeli Shukri (mengikut turutan):

1.   Yamaha FZR150i 2013 (RM9,000)

2.   Triumph Daytona 2014 (RM75,000)

3.   Kawasaki Versys 2016 (RM40,000)

4.   Suzuki GP 2016 (RM2,800)

5.   Yamaha LC 2016 (RM7,500)

6.   Yamaha RXZ 2017 (RM5,000)

7.   Yamaha 100 Sport 2017 (Ihsan)

8.   Yamaha TZR 2017 (RM13,500)

9.   Suzuki TS 2017 (RM2,500)

10. Yamaha Y15 2018 (RM10,000)

Bagaimanapun, hanya tujuh unit motosikal diletakkan sebaris bagi menyambut kedatangan Careta untuk sesi fotografi ringkas petang itu manakala baki tiga lagi motosikal ditempatkan di lokasi lain.

Mengulas mengenai cabaran dihadapi, Shukri menjelaskan bahawa bukan senang baginya untuk mendapatkan setiap daripada motosikal tersebut.

Menurut Shukri, ada antara motosikal terpaksa dibawa daripada lokasi pemilik lama yang ternyata jauh (luar Lembah Klang).

Sebagai contoh; motosikal Suzuki GP dibeli di Kuala Lipis, Pahang sementara Yamaha RXZ (Senawang, Negeri Sembilan) dan Suzuki TS (Kampung Gajah, Perak).

Sebaik sah menjadi miliknya, setiap daripada motosikal itu akan diperbaiki supaya ia kelihatan sama seperti asal.

Tambahnya, tidak kesemua motosikal itu digunakan. Shukri hanya menggunakan Yamaha LC untuk berulang-alik ke tempat kerja dari kediamannya yang terletak di Taman Dato Senu, Sentul di sini.

"Cuma, kadang-kadang saya menggunakan motosikal lain secara bersilih ganti untuk bersiar-siar di sekitar ibu kota.

"Satu hal yang pasti, saya sering disapa orang ramai yang secara kebetulan terserempak dengan kelibat motosikal ditunggang terutamanya Suzuki GP, Suzuki TS dan Yamaha TZR. Malah, ada antaranya bertanyakan harga dan memujuk saya untuk menjualkan motosikal tersebut kepada mereka," seloroh Shukri.

Shukri memberitahu Careta, dia tidak berhajat untuk menjual semua motosikal kesayangannya itu buat masa ini.

Sebaliknya, Shukri bercadang mewariskan kepada anak-anaknya untuk dijaga dengan rapi sekiranya dia sudah tiada suatu hari nanti.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…