Tidak disangka, Mitsubishi terajui jualan kereta PHEV di UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi Outlander PHEV
Apabila bercakap tentang kenderaan mesra alam terdapat beberapa kategori yang perlu diambil maklum. Tidak semuanya sama malah mempunyai teknologi nadi kuasa yang jauh berbeza.

Paling popular ialah kenderaan hibrid yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan tenaga elektrik dari bateri.

Kenderaan hibrid ini pula ada yang jenis mild-hybrid seperti Nissan Serena dan hibrid sepenuhnya seperti Honda Jazz Hybrid.

Kemudian ada satu lagi jenis kenderaan kacukan iaitu PHEV atau plug-in hybrid yang menggabungkan enjin ICE dan bateri yang boleh dicas dengan kuasa elektrik di rumah atau mana-mana stesen pengecasan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mitsubishi Outlander PHEV

 

Nissan Serena dan Honda Jazz Hybrid tidak mempunyai kemudahan seperti ini dan bergantung kepada janaan motor elektrik dan ICE untuk menggerakkan kereta.

Selain kenderaan hibrid biasa, kenderaan PHEV ada dipasarkan di negara kita di antaranya ialah Volvo XC90, Mercedes-Benz E350e dan BMW 530e.

Iya, model-model tersebut berada dalam segmen premium dan setakat ini belum ada jenama massa yang memasarkan produk mereka di negara kita.

Lagi pula tidak banyak pengeluar massa yang mempunyai produk PHEV melainkan satu jenama ini yang pada satu masa dahulu popular dalam perlumbaan rali.

Mitsubishi sebenarnya telah lama berada dalam segmen kenderaan elektrik (EV) cuma pemasarannya tidak menyeluruh. 

 

Mitsubishi Outlander PHEV

 

Kempen EV Mitsubishi bermula pada tahun 2009 dengan pengenalan model kecil molek i-Miev. Walaupun ia tidak sepopular Nissan LEAF atau Tesla, Mitsubishi tetap konsisten dalam teknologi alternatif ini.

Setelah lama menfokuskan usaha dalam bidang ini, Mitsubishi nampaknya sedang menuai hasil yang baik.

Mitsubishi Outlander PHEV telah berjaya menakluk takhta jualan PHEV terlaris di United Kingdom. Jualan Outlander PHEV pada bulan April ialah sebanyak 476 unit dan 2,695 unit dari bulan Januari hingga April 2018 seterusnya meletakkan model itu di hadapan EV dan PHEV lain di pasaran.

Outlander PHEV ini telah lama dilancarkan di UK iaitu pada tahun 2014 lagi. 

Sejak itu, pasaran PHEV semakin berkembang bermula dari bawah 1,500 unit dan melonjak kepada lebih 13,000 unit dalam masa setahun.

 

Mitsubishi Outlander PHEV

 

Outlander PHEV terus popular di UK dan kini lebih dari 36,800 unit model itu berada di atas jalan raya. Jualan Outlander PHEV juga turut membantu melonjakkan prestasi Mitsubishi di UK.

Pada masa pendaftaran kenderaan di UK dari bulan Januari hingga April 2018 jatuh sebanyak 8.8 peratus, jualan Mitsubishi pula meningkat sebanyak 12.1 peratus yang turut dibantu oleh pelancaran Eclipse Cross baharu.

Salah satu sebab kenapa Outlander PHEV menjadi pilihan ramai ialah kerana versatiliti dan kos penggunaannya yang rendah. SUV ini juga menikmati cukai syarikat yang rendah dan pengecualian cas kesesakan London dan juga cukai jalan tahun pertama.

Outlander PHEV juga canggih dan ia satu-satunya kenderaan elektrifikasi yang boleh bergerak dalam pacuan 4WD dengan hanya menggunakan kuasa elektrik.

Mitsubishi Outlander PHEV dipasarkan pada harga GBP 32,305 atau RM 172,812. SUV ini mampu bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sehingga 53 km dan boleh dicas dalam masa 25 minit (cas pantas) dan dicas sepenuhnya dalam masa 3.5 jam (pengecas rumah).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…