Tiada Proton Ertiga baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Merdeka Bonanza

 

Suzuki Indonesia telah pun melancarkan vsarian Ertiga terkini di sana tengah bulan lalu.

Menampilkan rekabentuk yang lebih sporty, Ertiga 2018 adalah sebuah model serba baharu. Kerangka, platform, enjin dan bahagian kabin semuanya adalah pembaharuan dari model sebelumnya.

Enjin 1.5L VVT yang dibekalkan adalah hasil dari enjin 1.4L dari model yang lama.

 

 

Malaysia tidak akan mendapat Ertiga varian baharu ini walaupun Proton memasang Ertiga model sebelum ini dengan lencana Proton. 

Desas desus yang didengarkan ialah rakan kongsi Proton, Geely sudah mempunyai perancangan lain yang lebih baik untuk segmen MPV kompak tersebut.

Suzuki juga masih tidak ada wakil di Malaysia setelah ia keluar dari pasaran tempatan awal tahun 2016. 

 

 

Namun begitu, ia tidak bermaksud varian Proton Ertiga itu tidak baik kerana ia masih lagi menggunakan enjin teknologi modern yang jimat bahanapi 5.7L/100km dan mempunyai ruang dalam yang cukup luas.

Ia juga adalah antara produk Proton yang paling hangat dipasaran semasa. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk cabaran Proton WOW ini, seramai 2,181 pemandu Grab telah direkrut sejak 10 Julai sehingga 29…
Berita Domestik
Cabaran begitu sukar walaupun para profesional industri mengalami kesukaran untuk memandu secara…
Berita Domestik
  Menurut Dato' Sri Tee Boon Kee, Pengarah Vantage Speed, sebagai pengedar yang telah lama…