Tiada model baharu untuk Eropah, Mitsubishi fokus pasaran Asia Tenggara

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors baru-baru ini mengumumkan penamatan penawaran model-model baharu untuk pasaran Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini termasuklah generasi baharu Outlander yang sepatutnya tiba di benua tersebut menjelang separuh kedua tahun ini, menurut laporan daripada Automotive News Europe.

Langkah ini bertepatan dengan pelan perancangan yang telah diumumkan sebelum ini oleh pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, di mana ketiga-tiga jenama tersebut akan 'berpecah' mengikut pasaran yang ditentukan.

Nissan sebelum ini telah dilaporkan untuk menerajui pasaran China, Amerika Syarikat dan Jepun, sementara Renault pula kekal di Eropah manakala Mitsubishi akan menerajui pasaran Asia Tenggara.

Mitsubishi telah pun mempunyai kehadiran yang kuat di Asia Tenggara, dan produk-produk akan datang bakal memberikan fokus kepada produk berorientasikan off-road, seperti Triton, MPV Xpander, Pajero Sport, Outlander dan Eclipse Cross.

Selain daripada itu, Mitsubishi juga akan menjadi peneraju di dalam pembangunan teknologi plug-in hybrid sebagai sebahagian daripada inisiatif jimat kos yang dilancarkan oleh pakatan tiga jenama tersebut pada pertengahan tahun yang lalu.

 


Menjelang tahun 2022 dan 2023, Mitsubishi turut merancang untuk melancarkan beberapa model baharu, dimulakan dengan trak pikap Triton generasi baharu, diikuti oleh model Xpander HEV, Xpander serba baharu, Pajero Sport, serta dua buah model yang tidak dinamakan.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…