Menurut Proton, pasukannya kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan punca kejadian.
Proton turut menjelaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan oleh bateri pada sistem hibrid ringan 48V itu, jadi punca kebakaran bukanlah disebabkan oleh sistem tersebut.
Sedar akan kebimbangan orang ramai, Proton memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif di mana siasatan masih dijalankan.
Proton menegaskan bahawa kualiti dan keselamatan adalah paling utama, di mana kenderaan mereka dibangunkan untuk memenuhi piawaian tertinggi dengan setiap unit menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada pelanggan.