Tiada keputusan muktamad berhubung cadangan lorong kiri untuk motosikal - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan untuk mengehadkan lorong kiri jalan raya khusus bagi pengguna motosikal.

Menterinya, Anthony Loke, berkata sebaliknya, beliau sedang mengkaji cara untuk memperkasakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan maut pengguna kenderaan itu.

“Diakui, penguatkuasaan sekarang longgar dan tak ada yang berkesan menyebabkan kadar kemalangan membabitkan penunggang motosikal meningkat.

“Kita nak tengok bagaimana cara untuk mengetatkan lagi penguatkuasaan bagi mengurangkan kemalangan ini.
 


“Daripada segi undang-undang, kita boleh sekiranya mahu bersetuju (pelaksanaan had lorong kiri), tetapi paling penting, bagaimana cara untuk menguatkuasakannya,” katanya selepas merasmikan Bazar Tahun Baru Cina 8TV di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung pertemuannya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyuarakan cadangan kepada kerajaan untuk mengehadkan lorong kiri jalan raya khusus untuk pengguna motosikal pada minggu lalu.

Terdahulu, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mengumumkan sedang mengkaji cadangan terbabit bagi mengurangkan risiko kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal.

Menurut JKJR, amalan mengehadkan penggunaan lorong kiri kepada motosikal khususnya yang mempunyai sesaran di bawah 150 cc telah diamalkan di negara-negara yang membangun.

Manakala pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Datuk Lee Lam Thye melihat kebiasaan yang diamalkan oleh penunggang motosikal yang menyelit dicelah-celah trafik amat membimbangkan dan ia mampu meningkatkan kadar kemalangan sekiranya tidak diambil kira secara serius.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, sebanyak…
Berita Domestik
Bagi kategori pengeluar pula, Modenas memenangi anugerah Exceptional Motorcycle Manufacturer 2021-…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata kemalangan hanya…