Thai AirAsia duduki tempat ketiga syarikat penerbangan tambang rendah paling tepati masa di dunia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Thai AirAsia tersenarai sebagai syarikat penerbangan tambang rendah ketiga paling menepati masa di dunia dan paling menepati masa di Asia Pasifik pada tahun 2022, demikian menurut syarikat analisis data industri penerbangan serta pelancongan, Cirium seperti laporan portal berita Thaiger pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Purata kadar tepat masa yang dilaporkan oleh Cirium ialah 97.47 peratus, manakala berita mengenainya diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia, Santisuk Klongchaiya pada 9 Januari lalu.

 

Santisuk menekankan bahawa ketepatan masa sama pentingnya dengan aspek keselamatan penumpang Thai AirAsia. Beliau turut berjanji untuk mengekalkan ketepatan masa dan menjadi syarikat penerbangan tepat masa terkemuka di dunia.

 

Santisuk melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu berada dalam banyak senarai terbaik antarabangsa. 

 

Syarikat penerbangan itu disenaraikan sebagai syarikat penerbangan ketiga paling tepat masa di dunia oleh OAG Aviation Worldwide pada tahun 2019 dan syarikat penerbangan paling tepat masa di dunia oleh Flightstats pada 2013.

 

Thai AirAsia juga dipuji sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 13 tahun berturut-turut oleh Skytrax aitu dari 2009 hingga 2022.

 

Thai AirAsia X yang merupakan syarikat penerbangan tambang rendah antarabangsa di bawah jenama AirAsia, pernah memfailkan kebankrapan pada Mei tahun lepas selepas operasinya terjejas disebabkan oleh bilangan penumpang asing yang sedikit semasa pandemik Covid-19.

 

Bagaimanapun, tahun lalu, Santisuk memaklumkan kepada umum bahawa syarikat penerbangan itu dijangka pulih sepenuhnya berikutan kemasukan pelancong asing, khususnya dari China.

 

-  Syabas Thai AirAsia. Semoga AirAsia dan syarikat penerbangan lain di negara kita jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk tepati waktu seperti tertera pada tiket penerbangan kita -

 

 

– Agensi