Tesla tidak lagi beri kabel pengecas untuk kereta baru, dijual berasingan

oleh Mohamad Hanif|
Tesla nampaknya cuba untuk mengikut jejak langkah Apple dengan tidak menyertakan wayar pengecasan untuk setiap pembelian kereta baharu.

Ini kerana menurut CEO Tesla Elon Musk, "statistik penggunaan wayar pengecas tersebut adalah terlalu rendah, jadi ia dilihat agak membazir."

Tesla percaya, kabel pengecas standard yang dibekalkan sebelum ini tidak banyak digunakan oleh para pemilik disebabkan kebanyakan mereka sudah pun mempunyai wallbox yang terpasang di rumah, atau menggunakan jaringan pengecasan Tesla Supercharger.

Namun begitu, kabel pengecasan tersebut masih lagi boleh didapati secara berasingan, di mana Elon mendakwa ia turut didatangkan dengan pakej soket penyesuai yang memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna.

Tesla sebelum ini menyertakan kabel pengecasan NEMA 14-50 untuk pengecasan tahap 2 serta penyesuai untuk digunakan pada outlet kuasa biasa (tahap 1) untuk setiap pembelian kereta baharu, sebelum membuang opsyen kabel pengecas tahap 2 daripada pakej.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pameran trak Cybertruck tersebut hanya sehingga 2 Jun 2024. Tiga sesi tersedia setiap hari…
Berita Domestik
Tesla turut menampilkan model trak futuristik sensasi mereka iaitu Cybertruck dan Model 3…
Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…