Wanita itu memprotes cara Tesla mengendalikan aduan beliau berkaitan brek Tesla miliknya yang gagal berfungsi. Tindakan wanita itu menjadi berita sensasi seluruh dunia dan viral di media sosial.
JIka kejadian itu berlaku di Malaysia, kemungkinan besar tidak ada satu agensi kerajaan yang akan bertindak kerana "tidak ada aduan rasmi".
Malang untuk Elon, ia berlaku di China dan semalam, badan kawalan pasaran China mendesak Tesla untuk memastikan kualiti produknya di dalam negara tersebut.
Agensi berita XinHua pula berkata tindakan Tesla untuk meminta maaf kepada pelangganya dikatakan "tidak jujur".
Ini ialah kerana Grace Tao, Timbalan Presiden Tesla menuduh perbuatan protes dari pelanggan itu sengaja dilakukan.
Wawancara dengan Tesla juga menyebabkan agensi berita tempatan merasakan syarikat EV itu "sombong".
Tesla tidak mahu memberi komen kepada mana-mana media berkaitan insiden tersebut tetapi berkata ia akan berkongsi data dengan mana-mana badan pengawal yang mahukannya.
Pengumuman dari Tesla itu dibuat selepas badan penguatkuasa tempatan mengumumkan ia mahu data tersebut.
* Laporan penuh di Reuters