Tesla Model 3, sedan elektrik termurah daripada Tesla kian meniti namanya di kalangan para peminat emisi sifar di seluruh dunia.
Menurut Elon Musk lagi, ketika pembangunan model tersebut, beliau mahukan sebuah kereta yang dibina untuk selamat, tahan lama serta tahan lasak.
Malah, Tesla pernah memperlihatkan kepada umum struktur motor elektrik dan kotak gear yang digunakan oleh Tesla Model 3 yang masih utuh selepas pemanduan satu juta batu (1.6 juta kilometer).
The Model 3 drive system is designed and validated for over 1 million miles – this is what the gears look like after testing pic.twitter.com/a6gk2akPF0
— Tesla (@Tesla) October 15, 2018
Memandangkan kereta elektrik tidak lagi mempunyai banyak komponen enjin yang bergerak, ketahanan modul bateri antara perkara yang sering menimbulkan persoalan di kalangan para pembeli berpotensi.
Namun usah risau, ini kerana menurut Elon Musk lagi, modul bateri Tesla Model 3 dikatakan mampu bertahan 500,000 hingga 800,000 km - bersamaan dengan 1,500 kitaran pengecasan.
Jika dibuat kiraan mudah dengan menganggap pengguna mengecas sekali dalam masa sehari, sebuah Tesla Model 3 mampu bertahan selama 4.1 tahun sebelum modul bateri perlu ditukarkan.
Kos penggantian modul bateri pula akan bermula dari $5,000 (RM21,000) sehingga $7,000 (RM29,000).
Proses penggantian modul bateri merupakan satu penawaran bijak dari Tesla memandangkan pengguna tidak perlu untuk menggantikan keseluruhan pek bateri yang terpasang sekiranya salah sebuah modul didapati bermasalah.
Sumber: Elon Musk, Teslarati