Tesla Semi dikesan di pusat pemeriksaan trak California - lulus cemerlang untuk operasi jalanan

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah prototaip Tesla Semi telah dikesan berada di sebuah pusat pemeriksaan dan penilaian trak yang terletak di Interstate 80, sebuah lebuhraya panjang yang menghubungkan di antara San Francisco dengan New Jersey.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut California Highway Patrol, agensi yang memeriksa trak Tesla Semi tersebut mengesahkan prototaip trak elektrik tersebut "bersedia" untuk meluncur di jalanan Amerika.

 

Proses pemeriksaan tersebut merangkumi aspek-aspek kritikal bagi memastikan kenderaan komersil tersebut menepati regulasi yang ditetapkan dan selamat digunakan di atas jalan raya.  

Trak tersebut sebelum ini dilihat sedang menjalani ujian mengangkut muatan kargo di antara kilang Fremont sejauh 421 km menuju ke Tesla Gigafactory 1 di Nevada. 

CEO Tesla, Elon Musk sebelum ini memberikan maklumat bahawa versi produksi Tesla Semi mempunyai jarak pengoperasian hampir 1000 km dengan sekali pengecasan penuh, berbanding jarak teori 800 km sahaja. 

 


Dengan sasaran produksi bermula pada tahun hadapan, Tesla mensasarkan harga jualan untuk trak trailer Kelas 8 ini bermula dari $150,000 (RM612k untuk varian 500 km),$180,000 (RM785k untuk varian 800 km) sehinggalah $200,000 (RM817k) untuk versi Founders Series

 


Untuk pengetahuan, trak trailer Class 8 ini merupakan segmen trak berat atau mana-mana trak trailer 5 gandar, 18-wheeler atau lebih dikenali dengan nama semi yang mempunyai had kadar berat kasar kenderaan yang dicatatkan tidak melebihi 14,969 kg. 

 


Bagi memudahkan pemahaman anda tentang betapa besarnya trak Class 8 ini, Peterbilt 379 dan Western Star 5700 XE yang digambarkan sebagai Optimus Prime di dalam filem Transformers arahan Michael Bay merupakan antara trak yang dikelaskan sebagai Class 8. 

 


Ataupun rakyat negara Johor yang telah melihat dengan sendiri Mack Super-liner termahal didunia milik Sultan Johor yang meluncur di atas jalan raya sejak beberapa tahun lalu, juga merupakan salah sebuah trak Class 8

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini daripada Teslarati, kebanyakan trak elektrik Semi itu tidak mengalami…
Berita Global
Berdasarkan imej yang dimuatnaik menerusi laman media sosial Reddit r/RealTesla, sebuah Tesla Semi…
Berita Global
Dalam laman web rasmi, Tesla kini menerbitkan sebuah video ringkas yang memperlihatkan rekaan…