Tesla panggil balik unit Model S

oleh SALINA JALIL|
Terkini, Tesla sedang melancarkan kempen panggil balik (recall) sedan Model S yang dibina sebelum April 2016. Kempen ini bertujuan untuk menggantikan penggunaan bolt di dalam komponen stereng kuasa.

Kempen ini merangkumi 123,000 unit Tesla Model S yang dijual di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut jurucakap Tesla, bolt yang dibina oleh pengeluar Jerman Bosch dikatakan cenderung untuk berkarat di dalam keadaan cuaca yang sejuk apabila terkena garam jalan (road salt). Isu ini turut dilaporkan oleh sebilangan pengguna Model S melalui forum online.

Tambahan pula, walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berpunca daripada pengaratan bolt itu, pihak Tesla mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pengguna mereka.

Melalui emel yang dihantar kepada pelanggan, Tesla menyatakan bahawa sebahagian pengguna akan mengalami kesukaran mengawal stereng oleh kerana kehilangan daya bantuan oleh stereng kuasa.

Proses penggantian itu, menurut pihak Tesla akan mengambil masa kira-kira satu jam.

Sebelum ini, pihak Tesla telah memanggil balik model yang sama disebabkan masalah yang berpunca daripada masalah tali pinggang keledar, pendakap tempat duduk yang tidak dikimpal dengan betul dan juga masalah brek parking yang timbul pada tahun lepas.

 

Penulis muda:  Muhamad Hanif