Tesla mungkin lancar Model 3 di India suku pertama 2021

oleh Mohamad Hanif|
Cakap-cakap berkenaan kemasukan Tesla ke negara India sudah pun berlegar sekitar separuh dekad yang lalu, bahkan ia dibuktikan sendiri oleh CEO-nya Elon Musk menerusi beberapa ciapan di laman mikro blog Twitter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun menurut laporan terkini daripada ET Auto mengesahkan bahawa jenama kenderaan elektrik dari Amerika Syarikat itu sedang bersiap sedia untuk memasuki pasaran India seawal Januari, 2021.

Laporan tersebut turut menyebut Tesla akan memulakan kemunculan mereka di sana menerusi pelancaran sedan Model 3, salah satu daripada produk paling laku.

Para pelanggan di sana berpeluang untuk membuat tempahan terhadap Model 3 seawal Januari sebelum penghantaran dibuat menjelang akhir suku pertama tahun 2021.

Selain daripada pelancaran rasmi Tesla Model 3, Tesla juga sebenarnya sedang meneroka peluang untuk membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kilang pembuatan bateri EV di sana.

 


Berdasarkan laporan Careta beberapa bulan yang lalu, Tesla telah ditawarkan peluang untuk pembinaan kilang baharu Gigafactory, dan syarikat tersebut telah pun menjalankan perbincangan awal berkenaan pembangunan unit penyelidikan dan inovasi di bandar Kartanaka, India.

Menurut ketua setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri Kartanaka, Gaurav Gupta berkata, "kami telah menawarkan sokongan penuh kepada Tesla untuk membina pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), di mana Bengaluru mempunyai ekosistem yang baik untuk kenderaan elektrik (EV).

Berbalik semula kepada Tesla Model 3, ET Auto melaporkan harga jualannya berkemungkinan besar bermula dari INR 55 lakh (RM303,038), membawakan spesifikasi seperti jarak operasi sehingga 500 km untuk sekali cas, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.1 saat sahaja.

Sumber: ET Auto menerusi IndianAutoBlog

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…