Tesla bakal hasilkan setengah juta EV setiap tahun di India

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tesla diberitakan sedang membincangkan cadangan pelaburan dengan kerajaan India untuk menubuhkan sebuah kilang dengan kapasiti tahunan pengeluaran kira-kira setengah juta kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan, Elon Musk juga dikatakan sedang meninjau India sebagai pangkalan eksport untuk menghantar kereta ke negara-negara di rantau Indo-Pasifik.

Harga permulaan bagi model Tesla di sana ialah 2 juta rupee (RM111,293), iaitu lebih dua kali ganda daripada EV termurah India, MG Comet, dan setengah juta lebih mahal daripada Tata Nexon EV, kereta elektrik terlaris di India.

Tahun lepas, rancangan kemasukan Tesla di India terhenti selepas kerajaan negara itu enggan menurunkan cukai import ke atas keretanya, dimana India mengenakan cukai import sebanyak 100% ke atas kenderaan elektrik.

Menurut laporan Reuters juga, Tesla telah mengadakan perbincangan pada Mei dengan pegawai terlibat mengenai insentif yang ditawarkan oleh kerajaan untuk pembuatan kereta dan baterinya.

Dalam pertemuan dengan Musk bulan lalu, Perdana Menteri India Narendra Modi mendesak pembuat kereta itu untuk membuat "pelaburan yang besar" di negara itu.

 

Sumber: The Times Of India dan Reuters

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…