Tesla bakal berikan lesen FSD kepada jenama pesaing

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tesla diberitakan bakal memberikan lesen kepada ciri Full Self-Driving (FSD) kepada pihak ketiga untuk digunakan oleh kereta jenama lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Elon Musk dalam satu sidang video pada Rabu lepas menyatakan bahawa mereka dalam perbincangan dengan OEM utama mengenai penggunaan Tesla FSD

Tesla Full Self-Driving (FSD) ialah beta sistem ADAS yang boleh mengautomasikan tugas pemanduan di lebuh raya dan jalan bandar.

Jika pembuat kereta lain ingin menggunakan teknologi FSD, mereka perlu menggunakan kedua-dua perisian dan perkakasan Tesla.

2

Pendekatan Tesla terhadap ADAS, dan akhirnya kepada autonomi, adalah bergantung hanya pada pemprosesan penglihatan komputer, atau kamera, dan bukannya rangkaian penderia seperti lidar dan radar.

Semua EV Tesla dilengkapi dengan lapan kamera luaran dan 12 sensor ultrasonik. Maklumat yang diambil oleh komponen itu kemudiannya diproses menggunakan komputer onboard yang berkuasa.

Sistem tersebut boleh mengesan kenderaan, pejalan kaki, sebarang halangan, lampu isyarat, papan tanda jalan dan apa sahaja yang tertulis di jalan raya, seperti lorong dan perkataan.

 

3

 

Komputernya pula menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk bertindak balas terhadap keadaan pemanduan dalam masa nyata, di mana semua maklumat yang diproses oleh komputer onboard dipaparkan pada dash.

Beberapa fungsi, seperti memperlahankan kereta lain dilakukan secara automatik, manakala fungsi lain seperti menukar laluan hanya dilakukan dengan kebenaran pemandu.

Walaubagaimanapun, ciri FSD ini tidak lah sempurna sepenuhnya, hal ini kerana telah terjadi beberapa insiden melibatkan penggunaan FSD pada Tesla hingga ada yang mengakibatkan kemalangan maut.

3

Untuk pasaran Malaysia pula, penggunaan ciri FSD masih belum sah untuk digunakan atas jalan raya, namun ia tidak bermaksud pakej tersebut tidak akan dijual untuk pasaran Malaysia.

Setelah rasmi beroperasi untuk pasaran Malaysia, Tesla memulakan langkah dengan penjualan Model Y, dimana harga ditawarkan bermula dari RM199,000 hingga RM288,000 dengan tiga pilihan varian.

Ianya ditawarkan dengan beberapa pilihan tambahan termasuklah ciri Full Self-Driving Capability, di mana ia menawarkan kesemua fungsi yang terdapat pada Basic Autopilot dan Enhanced Autopilot dengan bayaran tambahan RM32,000.

 

Sumber: TechCrunch

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…