Mangsa yang berusia 53 tahun membuat laporan di Balai Polis Pekan, Pahang kelmarin selepas kenderaan yang dibeli "gagal diserahkan".
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Super Intendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa terjumpa dengan iklan itu pada 3 Oktober di sebuah laman sosial.
Harga "Raptor terpakai" yang diiklankan ialah RM36,000.
Mangsa menghubungi dengan seorang lelaki yang menyamar menjadi penjual dan mangsa menyerahkan gambar kad pengenalan, lesen memandu, salinan sijil syarikat (SSM) dan penyata bank untuk tempoh bulan terkini - semua dokumen-dokumen yang boleh digunakan untuk membuat pinjaman bank menggunakan nama mangsa.
Kes ini memang sering kali terjadi dan seringkali mangsa adalah mereka yang tidak arif dengan undang-undang negara atau keadaan di sekeliling mereka.
Pihak Careta sering melaporkan iklan-iklan haram berkaitan penjualan kenderaan dari Singapura dan iklan lesen memandu/menunggang tanpa perlu melalui ujian sebenar.
Malaysia tidak menerima kemasukan kenderaan terpakai dari Singapura dan Thailand kerana tidak mahu menjadi tempat buangan kenderaan lama dan tidak mahu meningkatkan kes kecurian kenderaan di dalam negara dan di negara jiran.
Kenderaan hanya dibenarkan di bawa masuk sebagai kenderaan lusuh (untuk alatganti).
Sekiranya Malaysia membenarkan jualan kenderaan terpakai Singapura pun, cukai yang dikenakan membuatkannya harganya tidak begitu rendah.
Trak pikap di Singapura pula hanya boleh didaftarkan untuk kegunaan komersil sahaja dan kerana itu genre tersebut tidak begitu popular di sana.
Sekiranya anda terjumpa mana-mana iklan yang mencurigakan, hubungi Careta untuk mendapat nasihat.
* Laporan penuh di Sinar Harian