Teringin plet fancy - pemuda ditangkap guna plet palsu

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiada cukai jalan, tiada lesen menunggang, tiada insurans dan plet fancy pun palsu!

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan satu kejadian unik di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu di mana seorang pemuda telah ditahan kerana menunggang motosikal dengan plat pendaftaran palsu.

Menurut akhbar itu lagi, pihak JPJ telah menerima laporan dari orang awam berkaitan suspek dengan nombor plet fancy pada motosikal beliau.

Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapa berkata pihak JPJ melakukan intipan selama hampir sejam di kawasan itu dan menahan suspek itu sejurus beliau keluar dari bangunan berhampiran.

Pemuda itu memberi alasan bahawa beliau telah menender nombor plet itu dengan menggunakan nama individu lain sebulan lalu.

Mahasan berkata nombor plet itu memang dalam proses tender dan keputusan akan diumumkan bulan hadapan.

Motosikal tersebut sudah digunakan dua tahun lalu tetapi menggunakan nombor pendaftaran lain.

Nombor plet fancy yang palsu, tiada lesen, tiada cukai jalan, tiada insurans - nyata pada pemuda itu, Kota Bharu tak ubah seperti pekan koboi di kawasan pembalakan Gua Musang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang…
Berita Domestik
Sistem itu dipanggil 'Vehicle Carbon Monoxide Detector (VCOD) yang akan menghasilkan isyarat…