Terima lebih 12,000 aduan, Program MYJalan diperluas

oleh Hamimah Hamid|
SIRI jelajah Program MYJalan akan diteruskan ke semua negeri ekoran aplikasi aduan itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini lebih 12,000 aduan melibatkan pelbagai isu
infrastruktur jalan raya diterima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelas beliau, daripada jumlah 12,245 aduan yang diterima aplikasi MYJalan itu, sebanyak 3,173 aduan di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala aduan ‘No Wrong Door’ polisi adalah sebanyak 9,072.

 

Katanya, aduan di bawah seliaan KKR dan JKR akan diambil tindakan secepat mungkin manakala aduan bukan kendalian kementerian akan disalurkan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

 

Menurut Nanta, sistem aduan tersebut bukan bertujuan mencari salah tetapi lebih kepada manisfestasi pendekatan menyeluruh kerajaan kerana ia melibatkan nyawa dan kepentingan rakyat.

 

“Kita berharap penyaluran aduan ini dapat memudahkan dan membantu kerajaan negeri dan PBT melaksanakan tindakan sewajarnya. 

 

“Data-data aduan kerosakan jalan yang dikumpul melalui aplikasi MYJalan juga dapat dikongsi bersama kerajaan negeri, bagi mengenalpasti keperluan kewangan yang mendesak bagi memperbaiki jalan-jalan rosak di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 11, di Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas hari ini.

 

Pada majlis tersebut Nanta turut tol percuma selama dua bulan bermula dari 12 Mac hingga 11 Mei di Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) melibatkan persimpangan Taiping Selatan, Trong dan Bruas. 

Pengumuman itu dibuat serentak dengan pembukaan rasmi jajaran tersebut yang bermula 12.01 malam ini.

Grup foto vvvip

WCE merupakan lebuh raya antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering, Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 kilometer (km) dengan melalui destinasi utama seperti Beruas, Sri Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Bagan Datuk, Hutan Melintang di Perak dan Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Banting di Selangor.

 

Lebuhraya WCE Seksyen 11 yang dibuka itu melibatkan jajaran sepanjang 35.5 km yang menghubungkan pengguna secara terus dari Lebuhraya Utara Selatan.