Terbabas dan jatuh dari tebing ketinggian 5 meter, pemandu Axia selamat

oleh SALINA JALIL|
Seorang doktor wanita berdepan detik cemas selepas Perodua Axia dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot, di Kuala Nerus, Terengganu semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Rakannya, Mohd. Azwan Jusoh, 38, berkata, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika di selekoh sebelum terjatuh dari tebing laluan berkenaan.

 

“Mangsa jarang memandu seorang diri kerana sering dihantar suaminya ke klinik, tempat bekerja.  Saya mengetahui tentang kemalangan itu pada pukul 4.50 pagi selepas diminta suami mangsa ke lokasi kejadian bagi melihat keadaan wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita.

 

Mohd. Azwan terkejut apabila mendapati kenderaan rakannya terjunam selain turut dipukul ombak.

 

 

– Utusan 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata kemalangan hanya…
Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…