TEMPAHAN TRIUMPH SPEED DAN SCRAMBLER 400 UNTUK PASARAN MALAYSIA MULA DIBUKA

oleh Hamimah Hamid|
TRIUMPH Motorcycle Malaysia baru-baru ini rasmi mengumumkan harga model baharu Speed 400 serta Scrambler 400 X dan tempahan untuk kedua-dua model mula dibuka.

Harga jualan yang diumumkan untuk model Speed 400 ialah RM26,900 manakala untuk model Scrambler 400 X pada harga RM29,900.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua buah model ini didatangkan dengan enjin satu silinder, 398 cc, sistem sejukan cecair DOHC serta 6 kelajuan dan mampu menghasilkan kuasa tinggi 39.5 bhp pada 8,000 rpm serta kuasa tork 37.5 Nm pada 6,500 rpm.

 

Selain itu, motorsikal ini turut mempunyai ciri-ciri seperti fork hadapan terbalik, sistem lampu LED, sistem brek ABS dua saluran serta kapasiti tangki minyak 13 liter.

 

Terdapat beberapa perbezaan untuk kedua-dua model ini, terutama sekali dari segi ukuran dimensi dan berat motorsikal.

 

Antara perbezaanya adalah dari segi ukuran lebar pemegang handlebar untuk Speed 400 adalah 814mm, manakala Scrambler 400 X adalah 901mm.

 

Selain itu, Ketinggian tempat duduk juga berbeza, untuk model Speed 400 adalah 790mm dan Scrambler 400 X adalah 835mm.

 

Jarak roda (wheelbase) turut berbeza di mana untuk Speed 400, ia mempunyai jarak 1377mm dan untuk Scrambler 400 X adalah 1418mm.

 

Berat untuk model Scrambler 400 X adalah 179kg, dimana 9kg lebih berat berbanding model Speed 400 iaitu 170kg.

 

Untuk pemilihan warna pula, kedua buah model ini mempunyai tiga pilihan warna yang berbeza.

 

Model Speed 400 didatangkan dengan gandingan warna Carnival Red/Strom Grey, Caspian Blue/Storm Grey dan Phantom Black/Storm Grey.

 

Manakala Model Scramble 400 X, didatangkan dengan gandingan warna Matt Khaki Green/Fusion White, Carnival Red/Phantom Black dan Phantom Black/Silver Ice.

 

Mereka yang berminat dengan motosikal ini boleh membuat pendaftaran atau tempahan awal melalui pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia.

 

Melalui maklumat yang tertulis, motosikal ini dijangka tiba awal tahun hadapan iaitu pada bulan Januari atau Februari.

 

Penulis: Firdaus Razani