Pada 2022 secara keseluruhan, Boeing menghantar sejumlah 480 pesawat komersial, iaitu peningkatan sebanyak 41 peratus berbanding tahun lepas.
Boeing akan mengeluarkan data kewangan suku keempat secara terperinci pada 25 Januari, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media.
Dalam keluaran berasingan, syarikat yang berpangkalan di Virginia itu melaporkan pihaknya menerima 774 tempahan komersial pada 2022 selepas pembatalan dan penukaran.
Sehingga 31 Disember 2022, tunggakan penghantaran pesawat komersial ialah sekitar 4,578 jet.