Telemetry X dari Lamborghini, Remote Garage untuk bimbingan pemanduan dari komputer!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Telemetry X 2024
Lamborghini Telemetry X 2024
Kereta berprestasi hari ini sudah dilengkapi teknologi telemetri yang sebelum ini biasa digunakan pada kereta lumba.

Terbaru Automobili Lamborghini memperkenalkan Telemetry X iaitu sebuah konsep keterhubungan di litar lumba yang boleh digunakan pada model Lamborghini akan datang.

Huracán STO yang diperkenal pada 2020 menjadi model Lamborghini pertama dilengkapi sistem telemetri yang boleh digunakan melalui aplikasi Unica.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini Revuelto

 

Selain itu, Lamborghini bersama Accenture membangunkan tiga lagi sistem iaitu Real Time Remote Garage (bimbingan dari jauh), Biometric Data System dan Digital Co-Pilot.

Kesemua sistem tersebut bakal memberikan pengalaman pemanduan baharu buat pelanggan.

Remote Garage

Teknologi telekomunikasi hari ini sudah sampai ke tahap 5G dan mungkin ada yang tertanya apa faedahnya?

Untuk kegunaan biasa, teknologi 4G sudah memadai namun 5G diperlukan untuk menghubungkan ekosistem terhubung dengan baik dan lancar.

 

Lamborghini Telemetry X 2024

 

Sebagai contoh komunikasi di antara kereta dan objek sekeliling atau di dalam ekosistem untuk menjadikannya sebuah kenderaan terhubung dan pintar.

5G juga membolehkan rakaman video masa nyata (real-time) pemandu di litar dan sistem telemetri tersedia pada setiap masa.

Jurulatih boleh menonton imej dan data secara langsung dari mana-mana lokasi di dunia dan memberikan maklum balas kepada pemandu semasa dan selepas sesi pemanduan.

Hebat bukan? Ulasan dan teknik pemanduan diberi terus semasa memandu.

 

Lamborghini Telemetry X

 

Biometric Data System

Sistem ini merekodkan data biometrik pemandu seperti kadar denyut jantung dan tahap tekanan.

Data tersebut membolehkan penelitian prestasi yang lebih mendalam dan menjadi rujukan untuk menambah baik latihan pemandu.

Digital Co-Pilot

Kedua-dua sistem berfungsi bersama Digital Co-Pilot iaitu bantuan suara yang membandingkan data biometrik dan kenderaan. 

Menariknya, maklum balas dari pembantu digital dibuat semasa memandu di litar.

 

Lamborghini Telemetry X

 

Sebagai contoh, Digital Co-Pilot menganalisa masa pusingan dan memberikan maklumat penting bagi memperbaiki laluan perlumbaan (racing line) dan lokasi membrek.

Turut diberikan prestasi kereta di litar. Sistem yang dibangunkan ini terasa seperti teknologi Formula 1 atau perlumbaan dibawa untuk pengguna awam.

Nampaknya kereta masa depan bukan sahaja dibantu perkakasan elektrik tetapi juga sistem digital. Segala-galanya elektronik dan komputer! 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lamborghini Telemetry X